Repair Nand IC iPhone 7 – Putrajaya

Baiki-Nand-IC-iPhone-7-Bootloop-Kedai-Baiki-Motherboard-iPhone-Putrajaya-CYberjaya-Serdang-Puchong-Kajang-Bangi-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi-KLIA-Nilai

iPhone 7 bootloop!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Apple model iPhone 7 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 17 iaitu Puan Shazreen.

Puan Shazreen yang singgah ke premis perniagaan kami secara bersendirian telah menyerahkan fon tersebut kepada juruteknik kami dan meminta supaya kami dapat membaiki semula fon itu agar berfungsi dengan baik seperti sebelumnya.

Sambil kami melerakan komponen fon itu untuk memulakan kerja-kerja penelitian punca kerosakan, pemiliknya memberitahu kami yang fon tersebut mengalami masalah bootloop secara tiba-tiba. Beliau turut menafikan yang fon itu pernah dibaiki atau dimasuki air sebelum ini.

Sebaik sahaja mendapati bahawa iPhone 7 beliau mengalami kerosakan pada bahagian logicboard atau lebih dikenali dengan nama motherboard dikalangan pengguna smartphone Malaysia, kami terus memberikan anggaran tempoh masa untuk ia siap dibaiki beserta kos yang bakal dikenakan kelak kepada pemiliknya dan tanpa melengah-lengahkan masa beliau terus bersetuju untuk kami baiki semula fon kesayangannya itu.

Setelah diteliti dan diperiksa kami mendapati gejala bootloop pada fon ini disebabkan oleh kegagalan hard disknya atau lebih dikenali dengan nama PCIE/Nand IC untuk berfungsi dengan normal. Perkara ini biasanya terjadi akibat kegagalan hard disk untuk membuat backup sewaktu dicas akibat storan sedia ada tidak mencukupi.

iPhone 7 milik Puan Shazreen dari Presint 17 ini akhirnya berjaya dibaiki dan berfungsi semula seperti biasa setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berkemahiran tinggi untuk membaiki masalah motherboard/logicboard pada peranti iPhone & iPad.

Baiki-Nand-IC-iPhone-7-Bootloop-Eror-4014-Kedai-Baiki-Motherboard-Repair-Logicboard-iPhone-7-Putrajaya-Cyberjaya-Serdang-Puchong-Kajang-Bangi-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi-KLIA-NIlai

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget

Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.

Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.

Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia

Uncategorized

iphoneMotherboardRepair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *