Repair LCD Skrin Samsung Note 5 – Putrajaya

Skrin Samsung Note 5 Rosak Tak Menyala

Skrin jadi warna ungu selepas jatuh!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Samsung model Note 5 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 2 iaitu Puan Rafidah.

Puan Rafidah yang singgah sebentar ke premis perniagaan kami telah menyerahkan fon tersebut dan meminta kami untuk memeriksa dan membaikinya semula supaya dapat dikembalikan seperti kebiasaannya.

Ini kerana, fon kesayangan beliau itu tidak dapat dihidupkan dengan normal setelah terlepas dari genggaman pada awal pagi tadi. Ketika cuba dihicupkan, paparan skrinnya tidak menunjukkan apa-apa kecuali hanya bayangan yang berwarna ungu seketika sebelum ianya kembali gelap.

Setelah diperiksa dengan penuh teliti, kami mendapati layar skrinnya sudahpun rosak akibat terjatuh sebelumnya. Ini dapat dilihat pada fizikal paparan skrinnya yang kelihatan keungu-unguan sewaktu cuba dihidupkan. Perkara ini dikuatkan lagi dengan bacaan arus voltage pada motherboardnya tidak menunjukkan sebarang keganjilan sewaktu dilihat pada alat pembekal kuasa yang terdapat di premis kami.

Setelah berbincang dengan pemiliknya, beliau terus bersetuju untuk kami gantikan sahaja set lcd skrinnya dengan yang baru memandangkan amat memerlukan fon tersebut untuk menjalani aktiviti kerja seharian yang penting.

Tidak sampai 40 minit, fon Samsung Note 5 milik Puan Rafidah dari Presint 2 itupun kembali normal dan dapat berfungsi baik setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget

Updates

LCDDamagedsamsung

5 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *