Layar skrin gagal berfungsi
Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Samsung model J7 Pro milik salah seorang dari pelanggan setia kami iaitu Puan Azreena yang menetap di Presint 9.
Puan Azreena yang singgah ke premis perniagaan kami telah menyerahkan kepada kami fon tersebut dan meminta kami untuk memeriksa sekaligus membaikinya semula supaya dapat digunakan kembali untuk urusan kerja seharian yang amat penting.
Sebaik sahaja dimaklumkan bahawa layar sesentuhnya tidak dapat berfungsi setelah termasuk kedalam air, terus kami membongkar setiap komponen dan peralatan dalamannya untuk memulakan kerja-kerja pencucian peralatan dalaman dengan menggunakan cecair khusus untuk barangan elektronik yang terdapat dikedai kami.
Proses ini amat penting bagi setiap fon yang mengalami masalah masuk kedalam air kerana ianya dapat mencegah sebarang kejadian yang tidak diingini seperti litar pintas yang mudah berlaku keatas fon yang masih berada dalam keadaan basah.
Setelah kesemuanya siap dicuci, kami mendapati motherboardnya masih lagi berada didalam kedaan normal dan elok. Malangnya set lcd nya sudahpun terkesan akibat air yang masuk dicelahannya sewaktu tenggelam baru-baru ini.
Pemiliknya terus sahaja bersetuju untuk kami gantikan set lcd skrin yang baru setelah beliau berpuas hati mendengar penjelasan kami berkenaan gerak kerja yang akan diambil, kos baikpulih beserta tempoh waktu jaminan yang akan disediakan nanti. Tidak sampai 40 minit, fon Samsung J7 Pro milik Puan Azreena dari presint 9 itupun kembali berfungsi dengan normal dan baik sebaik sahaja ianya siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.
Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang