Repair LCD Skrin Samsung A9 Pro – Kemaman, Terengganu

Repair-LCD-Skrin-Samsung-A-9-Pro-Kedai-Repair-Handphone-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Serdang-Puchong-Kajang-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi

Skrin gelap gelita selepas terhempas!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah berlaku keatas sebuah fon berjenama Samsung model A9 Pro milik seorang pelanggan kami yang istimewa iaitu Encik Amirul. Encik Amirul yang datang jauh-jauh dari Kemaman Terengganu telah berkunjung ke premis perniagaan BenAbas Gadget yang terletak di Presint 8 Putrajaya dan menyerahkan fon beliau untuk dibaiki oleh juruteknik kami.

Lebih istimewa lagi beliau juga menyerahkan kepercayaannya kepada pihak kami dengan memberikan wang deposit 2 minggu sebelum datang ke tempat kami sebagai jaminan pemesanan barangan yang diperlukan untuk membaiki fon beliau yang tidak menyala selepas terjatuh dari tempat yang tinggi.

Ketika fon tersebut diserahkan kepada kami, kami dapat melihat dengan jelas masih ada sebahagian tempat pada permukaan layar skrinnya yang kelihatan bercahaya sewaktu ditekan butang on. Ini menunjukkan sistem mtherboard fon tersebut masih lagi dalam hidup dan berada didalam kondisi yang baik.

Sebaik sahaja sampai ke tangan kami, dan memandangkan kami sudah tahu lama tentang permasalahan yang dihadapi terus sahaja kami bongkarkan setiap komponen dalaman pada fon tersebut untuk memulakan kerja-kerja penggantian set lcd skrin yang baru.

Akhirnya, setelah bekerja lebih kurang dalam masa 45 minit, fon Samsung A9 Pro milik Encik Amirul yang datang dari Kemaman Terengganu itu berjaya dihidupkan semula setelah ianya siap dibaiki dengan baik oleh juruteknik BenAbas Gadget. Jelas kelihatan dari riak wajah beliau yang tersenyum puas kerana mendapat diskaun istimewa untuk lcd tersebut kerana selain menghargai kesudian beliau datang dari jauh untuk membaiki lcd skrin, beliau juga siap membeli back glass yang baru dari kami. Semoga Encik Amirul berpuas hati dengan hasil kerja kami.

Repair-LCD-Skrin-Samsung-A-9-Pro-Kedai-Repair-Handphone-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Serdang-Puchong-Kajang-Dengkil-Sepang-Salak-Tinggi

Setelah siap dibaiki

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller

Updates

LCDDamagedsamsung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *