Skrin tak menyala selepas masuk air!
Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah berlaku keatas sebuah smartphone yang berjenama Oppo model F9 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 18 iaitu Puan Nita.
Puan Nita yang hadir ke premis perniagaan kami sambil ditemani anak kecil beliau telah menyerahkan kepada kami fon tersebut yang dikatakan tidak boleh dihidupkan selepas termasuk kedalam besin yang dipenuhi air didalam tandas.
Beliau turut menjelaskan yang hanya menyedari keadaan tersebut setelah melihat anak kecil beliau menggunakannya didalam bilik air sewaktu sedang mandi. Akan tetapi selepas kejadian tersebut, fon tersebut masih lagi hidup dan boleh digunakan seperti biasa. Cuma selepas kehabisan bateri, ianya tidak lagi dapat menyala walaupun getaran vibratenya masih lagi terasa seperti kebiasaannya.
Sebaik sahaja habis mendengar penjelasan beliau, kami terus membongkar fon tersebut untuk memulakan kerja-kerja pencucian motherboard dan komponen lainnya untuk mengelakkan sebarang kejadian litar pintas yang boleh berlaku dimasa akan datang.
Setelah habis dicuci kami cuba untuk menghidupkannya dengan menggunakan alat pembekal kuasa khas yang terdapat di kedai kami dengan tujuan untuk meneliti bacaan arus elektrik pada motherboard fon ini dan ternyata ianya menunjukkan bacaan normal.
Puan Nita terus sahaja bersetuju untuk membaiki fon tersebut setelah juruteknik kami menerangkan punca dan kos kerosakan yang akan diambil sekiranya mahu membaikinya semula. Akhirnya setelah bekerja didalam tempoh lebih kurang 1 jam, fon Oppo F9 milik Puan Nita yang masuk didalam keadaan tidak menyala itu kembali pulih setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#trustedseller