Repair LCD Skrin Oppo F9 – Kajang

Oppo F9 Water Damaged & LCD Screen Replacement

Tak boleh menyala lepas masuk air!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Oppo model F9 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Kajang iaitu Puan Siti Nor Zubaidah.

Beliau yang singgah ke premis perniagaan kami sambil ditemani ahli keluarga beliau telah menyerahkan kepada kami fon tersebut dan meminta kami untuk membaikinya semula lantaran wujudnya masalah yang muncul sekiranya fon tersebut tidak dapat digunakan.

Sambil kami meneliti fon tersebut, beliau menjelaskan kepada kami yang ianya rosak dan terpadam secara tiba-tiba tak lama selepas tenggelam didalam air walaupun pada mulanya fon itu masih lagi menyala.

Sebaik sahaja mendengar penjelasannya, kami terus membongkar setiap komponen dan peralatan dalaman yang terdapat pada fon itu untuk memulakan kerja-kerja baikpulih yang akan dimulakan dengan sesi pencucian motherboard dan komponen lainnya dengan menggunakan cecair khas yang terdapat di bilik kerja kami.

Setelah kesemua komponennya siap dicuci, berdasarkan alat pembaca arus elektrik kami mendapati motherboardnya masih lagi normal dan dapat dihidupkan secara elok. Hanya saja ianya tetap gelap dan tidak menyala dek kerana set lcd skrinnya sudah rosak akibat dimasuki air tempohari.

Pemiliknya terus bersetuju untuk kami gantikan dengan set lcd skrin yang baru setelah ditawarkan kos menarik padanya dan dalam masa lebih kurang 40 minit, fon Oppo F9 milik Puan Siti Nor Zubaidah yang datang dari Kajang itupun kembali normal dan dapat dihidupkan dengan baik semula setelah siap dbaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Oppo F9 Water Damaged & LCD Screen Replacement.

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang

Updates

LCDDamagedoppoWaterDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *