Repair LCD Skrin Lenovo Vibe P1MA40 – Putrajaya

Repair-Handphone-Lenovo-Vibe-Rosak-Skrin-LCD-Kedai-Repair-Handphone-Putrajaya-Cyberjaya-Kajang-Puchong-Serdang-Bangi-Sepang-Salak-Tinggi-Kajang

Skrin tak boleh tekan!

Alhamdulillah. Berjaya menyelesaikan sebuah masalah yang telah terjadi keatas fon Lenovo Vibe P1MA40 milik Encik Azlan yang datang dari Fasa 4B Presint 8, Putrajaya. Beliau yang singgah ke premis perniagaan BenAbas Gadget yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, presint 8 telah menyerahkan fon beliau dan meminta kami untuk memeriksa sekaligus membaikinya semula.

Apabila melakukan pemerhatian, kami mendapati skrin fon beliau masih lagi menyala normal dan tidak mengalami sebarang black spot atau dead pixel pada paparan skrinnya. Ini membuatkan kami bertanya kepada beliau tentang permasalahan apa yang sedang dihadapi fon beliau ini. Encik Azlan menjawab dengan meminta kami mencuba menaip sebarang teks permesejan.

Setelah mencuba untuk menaip teks mesej, barulah kami sedar yang ada sebahagian besar dari huruf di papan kekuncinya tidak boleh ditekan dan kadangkala menyebabkan huruf lain pula yang keluar. Melihat keadaan yang seperti itu, terus kami ajukan soalan kepada beliau tentang rentetan awal kes kerosakan ini kerana sebahagian kes fon masuk air juga boleh menyebabkan kegagalan fungsi touchscreen dimana ianya memerlukan cara kerja khusus untuk membaikinya bagi mengelakkan sebarang litar pintas pada motherboard sesebuah smartphone.

Beliau menerangkan kepada kami menyedari masalah ini terjadi setelah bangkit dari tidur dan menyangkakan kemungkinan besar masalah terjadi kerana beliau terhempap fon sewaktu sedang tidur. Setelah habis mendengar penjelasan beliau, kami memaklumkan pada pemiliknya bahawa fon ini terdiri dari jenis fullset lcd dimana ianya memerlukan pemiliknya menukar 1 set lcd jika mahu terus menggunakannya pada masa akan datang.

Sebaik sahaja mendengar kos tawaran istimewa yang kami sebutkan, beliau tanpa ragu-ragu terus bersetuju dan meminta kami untuk membaikinya semula dalam kadar waktu secepat mungkin kerana amat memerlukannya untuk urusan kerja seharian. Akhirnya dalam masa tidak sampai 1 jam, fon Lenovo Vibe P1MA40 milik Encik Azlan yang datang dari Fasa 4B itupun kembali pulih dan berfungsi normal semula seperti biasa setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget. Sebelum beliau melangkah keluar dari kedai kami, sempat beliau memuji hasil kerja kami yang pantas itu dan semoga beliau akan tetap setia dengan kami dimasa akan datang.

Setelah siap dibaiki

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller

Updates

LCDDamagedlenovo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *