Repair LCD Skrin Huawei Nova 4 – Petaling Jaya

Huawei Nova 4 Rosak Masuk Air, LCD Skrin Rosak.

Handphone tak hidup lepas masuk dalam air!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Huawei model Nova 4 milik seorang pelanggan kami yang datang jauh dari Bandar Petaling Jaya iaitu Puan Fyda.

Puan Fyda yang datang ke premis perniagaan kami sambil ditemani rakannya telah menyerahkan fon tersebut dan meminta kami untuk membaikinya supaya dapat digunakan semula seperti biasa.

Ketika ditanyakan tentang bentuk permasalahan yang dihadapi pada fon itu, beliau terus bercerita kepada kami yang ianya tidak dapat dihidup dan digunakan setelah masuk ke dalam tangki air didalam tandas. Sebaik sahaja keadaan itu terjadi, beliau terus ke pusat servis Huawei yang terletak berdekatan dari rumahnya.

Malangnya, sebaik sahaja pekerja di pusat servis itu mendengar yang fon tersebut telah dimasuki air, terus sahaja mereka mengatakan yang ianya sudah mengalami kerosakan pada motherboard dan perlu digantikan dengan yang baru sekiranya mahu menggunakan fon itu lagi.

Menyedari akan risiko kehilangan data peribadi dan kos baikpulih yang dikenakan agak mahal, beliau terus menuju ke kedai kami sebaik sahaja terjumpa di laman carian Google.

Sebaik sahaja habis mendengar penjelasan Puan Fyda, kami terus menanggal dan membongkar setiap komponen dan peralatan dalaman yang terdapat padanya untuk memulakan proses pencucian yang akan dilakukan menggunakan cecair khas yang terdapat di bilik kerja kami untuk mencuci peralatan elektronik.

Setelah proses pencucian tamat, kami mula memasang semula sebahagian komponen motherboardnya untuk melihat bacaan arus voltage yang akan dikeluarkannya pada alat pembaca arus voltage milik kedai kami. Proses ini juga sangat penting dan berguna untuk menentukan tahap kenormalan sekaligus mencari punca kerosakannya kelak.

Melihat sahaja bacaannya yang normal, terus kami pasangkan semula lcd dan peralatan lain, hasilnya paparan gambar pada layar skrinnya menunjukkan ianya sudah rosak dan berbelang-belang. Setelah diterangkan kepada pemiliknya berkenaan punca kerosakan dan kos baikpulihnya, beliau terus bersetuju dan meminta kami menyiapkannya dengan kadar segera kerana mahu menggunakannya untuk urusan kerja seharian. Hasilnya, tidak sampai 40 minit fon Huawei Nova 4 milik Puan Fyda yang datang dari Petaling Jaya itupu kembali normal dan dapat digunakan semula dengan baik sejurus ianya siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang

Updates

huaweiLCDDamagedWaterDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *