Repair LCD Skrin Huawei Nova 3i – Port Dickson

Huawei Nova 3i Water Damaged

Fon tak boleh hidup selepas masuk air!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah berlaku keatas sebuah smartphone yang berjenama Huawei model Nova 3i milik seorang pelanggan kami yang datang dari jauh iaitu Puan Norsuraya dari Port Dickson.

Puan Norsuraya yang mengetahui tentang keberadaan kami yang memberi khidmat  repair handphone android melalui hasil carian di laman web Google telah terus singgah ke premis perniagaan kami selepas habis waktu bekerja bersama rakan sepejabat beliau dan menyerahkan fon tersebut dan meminta kami membaikinya semula supaya dapat dihidupkan semula.

Beliau juga turut menjelaskan fon tersebut masih lagi boleh digunakan seketika selepas masuk ke dalam air, akan tetapi terus terpadam dan tidak lagi dapat dihidupkan setelah beberapa lama.

Sebaik sahaja mengetahui punca masalahnya datang selepas masuk ke dalam air, terus kami bongkar dan leraikan satu persatu setiap komponen dalaman dengan tujuan untuk mencuci setiap bahagian dan peralatan fon tersebut untuk mengelakkan sebarang kejadian litar pintas dimasa akan datang.

Selesai sahaja keseluruhan komponen dalamannya siap dicuci, kami mendapati motherboardnya masih lagi normal dan boleh dihidupkan lagi, akan tetapi set lcd skrinnya sudah tidak dapat diselamatkan kerana mengalami kerosakan yang agak teruk selepas masuk ke dalam air.

Pemiliknya terus sahaja bersetuju dengan tawaran kos menarik yang disertakan sekali dengan tempoh jaminan waranti setelah kami sebutkan pada beliau sekiranya mahu membaiki semula fon kesayangannya ini. Akhirnya, dalam masa yang tidak sampai 40 minit, fon Huawei Nova 3i milik Puan Norsuraya dari bandar Port Dickson itu kembali boleh dihidupkan dan digunakan semula dengan normal setelah siap dibaiki sepenuhnya oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Huawei Nova 3i Water Damaged

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang

Updates

huaweiLCDDamagedWaterDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *