Repair LCD Skrin Huawei Nova 3i – Cyberjaya

Huawei Nova 3i Masuk Air.

Fon menyala separuh lepas masuk air!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Huawei model Nova 3i milik seorang pelanggan kami yang datang dari Bandar Cyberjaya iaitu Puan Husna.

Puan Husna yang diwakili suaminya telah menyerahkan fon tersebut kepada kami dan meminta kami untuk menyelesaikan masalah yang terjadi keatas fon kesayangan beliau itu yang dikatakan rosak dan tidak dapat dihidupkan secara tiba-tiba.

Setelah diamati, beliau mendapati fon tersebut masih lagi bertindak balas terhadap sistem imbasan jari dengan getaran sewaktu disentuh. Tanpa membuang masa beliau terus menghantar fon tersebut ke pusat servis Huawei yang berdekatan dengan tempat tinggalnya. Pegawai khidmat pelanggan disitu menjelaskan yang fon tersebut tidak dapat ditebus warantinya kerana ianya mengalami kerosakan dimasuki air dan memerlukan kos yang sedikit tinggi jika mahu membaikinya semula.

Beliau yang terjumpa dengan kewujudan kedai repair handphone Huawei kami ini yang berhampiran dengan kediamannya terus sahaja singgah dan bertanya kepada kami sekirany kami boleh menyelesaikan masalah tersebut. Tanpa membuang masa, dengan berbekalkan pengalaman membaikpulih fon Huawei yang rosak akibat dimasuki air, terus sahaja kami membongkar setiap komponen dan peralatan dalaman yang terdapat padanya untuk memulakan proses pencucian bagi mencegah sebarang kejadian litar pintas.

Sebaik sahaja siap dicuci, kami dapat melihat yang motherboardnya masih lagi dapat dihidupkan dengan normal. Ini dapat dilihat berdasarkan bacaan arus voltage yang terpampang di permukaan skrin alat pembekal kuasa yang terdapat dikedai kami. Selepas mengetahui punca kerosakannya, kami segera memaklumkan kepada pemiliknya dan beliau terus bersetuju untuk membaiki fon tersebut setelah mendengar kos dan tempoh jaminan yang menarik dari kami.

Setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget, fon Huawei Nova 3i milik Puan Husna itu kembali pulih dan dapat dihidupkan dengan normal tanpa sebarang masalah.

Huawei Nova 3i Rosak Masuk Air

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget

Updates

huaweiLCDDamagedWaterDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *