iPhone SE rosak LCD skrin
Selesai menggantikan set lcd skrin yang baru untuk iPhone SE milik Puan Azlyn yang telah datang dari Parcel 8R2, Presint 8. Beliau yang hadir ke premis BenAbas Gadget yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Presint 8 sambil ditemani anak-anak beliau telah meminta kami untuk tolong tengokkan iPhone SE beliau yang telah masuk berendam ke dalam baldi yang dipenuhi takungan air awal pagi tadi.
Puan Azlyn juga memberitahu kami yang walaupun fon beliau masuk air, ianya tetap elok dan masih boleh digunakan. Cuma ada 1 masalah yang berlaku iaitu skrin fon beliau kelihatan seperti berbayang dan kelihatan seakan-akan terdapat air didalam skrin. Beliau juga memberitahu yang skrinnya juga mengalami sedikit kesukaran dan tidak memberikan respon yang baik sewaktu ditekan.
Seperti biasa, bagi setiap fon yang mengalami water damaged, kami akan mulakan dengan sesi cucian motherboard dan setiap komponen dalaman yang terdapat pada sesebuah fon. Proses cucian yang akan menggunakan cecair khas yang terdapat dikedai kami untuk membersihkan alat elektronik itu adalah tersangat penting bagi menjamin dan melindungi komponen lain dari sebarang kes short circuit atau litar pintas dikemudian hari.
Setelah kami bongkar fon beliau, kami mendapati yang kesan takungan air masih jelas dan banyak terdapat didalam fon. Setelah siap kami cuci, iPhone SE ini kembali kami pasangkan semula dan ternyata hanya skrinnya sahaja yang terjejas setelah dimasuki air. Puan Azlyn terus saja bersetuju dengan kos dan tempoh waranti yang kami tawarkan sekiranya beliau ingin kami gantikan dengan set lcd skrin yang baru.
Dalam masa tidak sampai 40 minit, akhirnya iPhone SE milik Puan Azlyn yang datang dari Parcel 8R2 Presint 8 itu kembali pulih dan kelihatan seperti sebuah fon berlainan dan baru selepas kami gantikan set lcd skrinnya.
Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android
#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller#