Tak boleh cas & guna fingerprint scanner lepas masuk air!
Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah berlaku keatas sebuah fon yang berjenama Huawei model Nova 3i milik seorang pelanggan kami yang datang dari Bukit Changgang, Banting iaitu adik Abdul Rahim.
Adik Abdul Rahim yang singgah ke premis perniagaan BenAbas Gadget sejurus selepas waktu berbuka puasa secara bersendirian telah menyerah & meminta kami untuk membaiki kerosakan yang telah berlaku keatas fon kesayangan beliau itu.
Beliau menjelaskan kepada kami yang selepas fon tersebut masuk kedalam air, ianya masih lagi menyala dan boleh digunakan, cuma wujud beberapa masalah pada fungsi pengecasan dan alat pengimbas cap jarinya dimana kedua-dua fungsi tersebut tidak lagi berjalan dan berfungsi setelah itu. Jelas kelihatan dari riak wajah beliau yang mahu kami untuk memperbetulkan semula semua masalah tersebut supaya ianya dapat digunakan dengan sempurna seperti sebelum ini.
Seperti kebiasaan bagi mana-mana kes fon masuk kedalam air, kami akan memulakan kerja-kerja baikpulih melalui proses pencucian set motherboard dan setiap komponen dan peralatan dalaman baik yang terkesan ataupun tidak dengan air demi memastikan kes-kes litar pintas tidak berlaku dikemudian hari.
Ketika proses pencucian berjalan, kami dapat melihat setiap komponen dengan jelas melalui mikroskop yang terdapat beberapa bahagian klip konektor yang menghubungkan bahagian-bahagian lcd, pengimbas cap jari dan charging port berkarat dan terkesan kerana air yang masuk. Sebaik sahaja melihat keadaan seperti itu, kami pun terus melakukan proses pencucian supaya ianya dapat dibaiki semula tanpa perlu digantikan dengan alat ganti yang baru.
Setelah kesemuanya siap dibongkar dan dicuci dengan alat cucian khusus untuk peralatan elektronik yang terdapat dikedai kami, kami memasangkannya semula untuk melihat samada bacaan arus elektrik pada motherboard tersebut normal ataupun tidak. Setelah dapat dipastikan bahawa ianya masih lagi normal, kami pun memulakan kerja-kerja pemasangan semula setiap bahagian komponen yang sudah terlerai tadi.
Akhirnya, dalam masa 1 jam fon Huawei Nova 3i milik adik Abdul Rahim yang datang dari Bukit Changgang itupun kembali pulih sepenuhnya fungsi charging dan alat pengimbas cap jarinya setelah siap diservis dan dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman mengendalikan kes-kes smartphone yang masuk kedalam air.
Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.
kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android
#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller