Repair Huawei Nova 2i Masuk Air – Hulu Langat

Huawei Nova 2i Tak Boleh Hidup Lepas Masuk Air

Handphone tak boleh hidup lepas masuk air!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Huawei model Nova 2i milik seorang pelanggan kami yang menetap di Kajang iaitu Encik Azimul Azri.

Encik Azimul Azri yang singgah ke premis perniagaan kami sebaik sahaja pulang dari pejabat beliau yang terletak di Sungai Tekali, Hulu Langat telah menyerahkan fon tersebut kepada kami dan meminta supaya ianya dapat dibaiki dan dikembalikan semula seperti keadaan sebelum ini.

Sambil kami memeriksa fon tersebut beliau juga sempat bercerita yang fon tersebut mengalami masalah tidak dapat dihidupkan setelah bergenang didalam air hujan ketika pulang dari pejabat baru-baru ini. Beliau hanya menyedari masalah tersebut ketika mahu menggunakannya.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan beliau, kami terus membongkar dan meleraikan fon tersebut untuk memulakan kerja-kerja pencucian setiap komponen dan peralatan dalamannya bagi mencegah sebarang kemungkinan berlakunya litar pintas pada papan induknya dikemudian hari.

Setelah siap dicuci, kami cuba menghidupkan papan induknya dengan menggunakan alat pembekal kuasa yang terdapat di kedai kami supaya bacaan voltagenya kelak dapat dibaca bagi menentukan samada ianya masih lagi normal ataupun tidak.

Selepas mendapati bahawa papan induknya masih lagi normal dan boleh dihidupkan tanpa sebarang masalah, kami memasangkan semula setiap komponen yang telah dileraikan sebelum ini dan hasilnya, tidak sampai 30 minit, fon Huawei Nova 2i milik Encik Azimul Azri dari Kajang itupun kembali hidup semula dengan normal dan berfungsi baik seperti biasa setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Huawei Nova 2i Masuk Air

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget

Updates

samsungWaterDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *