Repair Charging Port ZTE Blade A521 – Putrajaya

ZTE Blade A521 Charging Port Replacement.

Handphone mati secara tiba-tiba!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama ZTE model Blade A521 milik salah seorang pelanggan kami yang tetap setia sejak dahulu iaitu Encik Izuddin yang datang dari Presint 17.

Encik Izuddin yang singgah ke premis perniagaan kami sambil ditemani anak beliau telah menyerahkan kepada kami fon tersebut dan meminta kami untuk membaikinya supaya dapat digunakan kembali untuk urusan menyelesaikan kerja-kerja penting yang tertangguh sebelum ini.

Beliau menceritakan kepada kami bahawa fon tersebut tidak boleh dihidupkan langsung secara tiba-tiba selepas kuasa pada baterinya habis. Sebaik sahaja mendengar penjelasan tersebut, kami terus membongkar komponen dalamannya untuk memulakan kerja-kerja pencarian punca kerosakan.

Ketika kami cuba menghidupkannya dengan alat pembekal kuasa yang terdapat di premis kami, fon tersebut dapat dihidupkan dengan normal tanpa sebarang masalah. Cuma proses pengecasan gagal untuk dijalankan walaupun sudah menggunakan beberapa unit kabel usb yang berlainan.

Setelah mengetahui dan menemui punca kerosakan, kami terus menjelaskannya kepada pemiliknya tentang langkah kerja khas yang akan diambil memandangkan ketiadaan alat ganti bagi jenama ini di Malaysia menyebabkan sedikit kesukaran untuk membaikinya.

Sebaik sahaja mendapat keizinan pemiliknya, juruteknik BenAbas Gadget yang berbekalkan pengalaman yang luas didalam industri baikpulih smartphone berjaya menghidupkan fon ZTE Blade A521 milik Encik Izuddin dari Presint 17  setelah fungsi pengecasan kembali normal sebaik sahaja ianya siap dibaiki oleh juruteknik kami.

ZTE Blade A521 Charging Port Replacement

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang

 

Updates

Charging PortZTE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *