Repair Charging Port Xiaomi Redmi Note 3 – Putrajaya

Repair-Handphone-Xiaomi-Redmi-Note-3-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Puchong-Kajang-Serdang

Cas selalu terputus-putus!

Alhamdulillah. Berjaya menyelesaikan masalah yang telah terjadi pada fon Xiaomi Redmi Note 3 milik Puan Nadhrah yang datang dari presint 11. Puan Nadhrah yang singgah ke premis perniagaan BenAbas Gadget yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Presint 8 telah menyerahkan fon kesayangan beliau itu untuk dibaiki di tempat kami. Beliau yang hadir ke tempat kami secara bersendirian telah meminta juruteknik kami untuk membaiki fon beliau yang menghadapi masalah tidak boleh dicas.

Beliau juga menerangkan kepada kami bahawa walaupun sudah menggunakan kabel usb dan adaptor yang lain, fon beliau itu tetap tidak boleh dicas dengan sempurna. Ini kerana walaupun ikon pengecasan pada paparan layar skrin menunjukkan indikator sedang didalam proses mengecas, akan tetapi ianya tidak kekal lama dan kerap terputus-putus dan bersambung semula dengan sendiri. Ini menyebabkan fon beliau perlu dicas dalam satu tempoh yang lama dimana ianya sudah tentu menyusahkan bagi seseorang yang memerlukan fon untuk bergerak ke banyak tempat didalam satu-satu masa.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan beliau, kami terus membongkar setiap komponen yang ada untuk memulakan kerja-kerja baikpulih pada fon tersebut. Dan seperti biasa, kami akan memulakan siasatan asas untuk mencari punca kerosakan terlebih dahulu, dan setelah selesai kami mendapati puncanya datang dari set charging port fon ini yang sudahpun berada didalam kondisi yang tidak normal dan memerlukan penggantian set charging port yang baru.

Setelah kos yang diperlukan dipersetujui oleh beliau, kamipun terus memulakan sesi baikpulih dan akhirnya, dalam masa yang tidak sampai 30 minit fon Xiaomi Redmi Note 3 milik Puan Nadhrah yang datang dari Presint 11 itupun kembali boleh dicas dan berfungsi normal semula seperti sediakala. Sewaktu melangkah keluar dari kedai kami, jelas kelihatan dari riak wajah Puan Nadhrah yang gembira kerana fon beliau yang sebelum ini rosak telah kembali pulih di tangan juruteknik BenAbas Gadget.

Repair-Handphone-Xiaomi-Redmi-Note-3-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Puchong-Kajang-Serdang

Setelah selesai dibaiki

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller

Updates

Charging Portxiaomi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *