Repair Charging Port Samsung J5 2015 – Putrajaya

Samsung J500 Charging Port Replacement

Tak boleh cas walau dah tukar bateri baru!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah melanda keatas sebuah smartphone yang berjenama Samsung model J5 2015 milik seorang pelanggan kami yang dikenali sebagai Puan Zamzarina dari Presint 5.

Puan Zamzarina yang hadir ke premis kami seawal waktu pagi lagi telah menyerahkan fon tersebut dan meminta kami untuk membaikinya semula supaya boleh digunakan kembali seperti sebelumnya.

Beliau juga turut menerangkan kepada kami yang fon tersebut tidak dapat dihidupkan dek kerana masalah kegagalan fungsi pengecasan. Tambahnya lagi walaupun sudah digantikan dengan set bateri yang baru, masalah tersebut tetap sama dan tidak berubah sepertimana yang diharapkannya.

Sebaik sahaja habis mendengar penjelasan pemiliknya, kami terus membongkar setiap komponen dan peralatan dalaman yang ada pada fon tersebut untuk memulakan kerja-kerja mencari punca kerosakan dan baikpulih. Setelah diteliti kami mendapati charging portnya sudahpun berada didalam keadaan tidak normal bagi sesebuah charging port dimana dapat diperhatikan terdapat beberapa pin penyambung yang sudahpun sedikit bengkok.

Setelah dimaklumkan kepada pemiliknya akan punca kerosakan dan kos membaikinya, beliau terus bersetuju dan tanpa melengahkan masa, kami terus melakukan kerja-kerja penggantian set charging port yang baru. Akhirnya, setelah bekerja didalam tempoh masa lebih kurang 30 minit, fon Samsung J5 2015 milik Puan Zamzarina dari Presint 5 itupun kembali boleh dicas dan dapat dihidupkan semula setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#trustedseller

Updates

Charging Portsamsung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *