Peratus lambat naik walau dicas berjam-jam
Alhamdulillah. Berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah melanda keatas sebuah fon. Fon yang mengalami masalah tersebut adalah Neffos Y5i milik Encik Mohd Hafizi yang datang dari Presint 14. Beliau yang terus singgah ke premis perniagaan BenAbas Gadget setelah keluar dari pejabat telah menyerahkan dan meminta juruteknik kami untuk memeriksa dan membaiki fon tersebut.
Encik Mohd Hafizi yang mengetahui kewujudan kedai kami ini melalui carian di laman Facebook kami menerangkan yang fon beliau menghadapi masalah kesukaran untuk dicas walaupun sudah dicas didalam tempoh masa yang agak lama. Terangnya lagi, beliau juga terperasan yang keadaan charging port beliau itu sudahpun sedikit longgar dan ini dapat dirasai ketika mahu memasukkan kabel usb sewaktu proses pengecasan.
Memandangkan jenama Neffos ini adalah agak jarang digunakan oleh pemilik smartphone di Malaysia, kami menyatakan pada beliau yang kami perlu membuka dan melihat terlebih dahulu keadaan dan jenis charging port yang digunakan untuk mengetahui samada ianya mampu dibaiki ataupun tidak.
Setelah kami bongkar komponen dalamannya, kami mendapati fon ini menggunakan charging port jenis universal yang selalu digunakan kebanyakan jenama smartphone dari China. Encik Hafizi yang mendengar penerangan kami, terus meminta kami membaiki semula fonnya dengan secepat mungkin kerana mahu menggunakannya didalam urusan seharian yang penting.
Tanpa membuang masa, terus kami memulakan sesi baikpulih dan dalam masa 30 minit, fon Neffos Y5i milik Encik Mohd Hafizi yang datang dari Presint 14 itu kembali boleh dicas dan hidup semula seperti biasa setelah siap digantikan set charging port yang baru. Jelas kelihatan dari riak wajahnya yang beliau sangat lega dan gembira kerana fon kesayangannya itu kembali pulih setelah mendapat sentuhan juruteknik BenAbas Gadget. Sebelum beliau melangkah keluar, sempat kami berkongsi pada beliau tips dan cara penjagaan charging port yang betul supaya tidak mudah rosak di kemudian hari.

Setelah siap dibaiki
Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android
#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller
Tempat cas henfon ni
Kenapa dengan handphone tuan? Ada masalah yang serupa?
Kalau boleh tahu berapa modal repair ni…sbb saya alami benda serupa dan fon yg sama jgk..tapi saya tak menetap kat Selangor
Jika kerosakannya melibatkan set charger port, kosnya sekitar 40-60 ringgit. Bergantung kepada kondisi charger port ketika diperiksa sebelum dibaiki kelak.
Phone neffos y7 tidak dapat on..berapa anggaran kos baiki.
Wassalam. Hp tersebut perlu diperiksa terlebih dahulu. Sekiranya melibatkan charging port, kosnya sekitar 40-60 bergantung pada kondisinya charging port tersebut. Lain-lain kerosakan, tidak dapat dibaiki kerana alat ganti brand Neffos tidak terdapat di Malaysia. Terima kasih.
Salam dan slm sejahtera..boleh tuan bg anggaran kos utk repair phone neffos y7 xboleh on..
Wassalam. Hp tersebut perlu diperiksa terlebih dahulu. Sekiranya melibatkan charging port, kosnya sekitar 40-60 bergantung pada kondisinya charging port tersebut. Lain-lain kerosakan, tidak dapat dibaiki kerana alat ganti brand Neffos tidak terdapat di Malaysia. Terima kasih.
Charging Board TP-Link Neffos Y5, TP802A
Nak beli, Berapa RM?
Nak beli apa tu boss
Nak beli charging Board TP-Link Neffos Y5, TP802A, harga berapa?
Takde jual
Boss HANDPHONE neffos y5i Saya cas Pandai longgar Dan cas 10 jam baru full,adakah itu masalah charging port?
Ya, besar kemungkinan charging portnya sudah rosak
sy pnye neffos c7 xboleh charge la..brpe ya kalau buat?