Repair Charging Port Asus X013D – Balakong

Asus X013D

Asus X013D tak boleh cas

Charging port yang rosak dicabut untuk digantikan dengan yang baru

Selesai baiki dan tukar set charging port yang baru untuk fon Asus Zenfone Go X013D milik Puan Suhana yang datang jauh-jauh dari Balakong. Puan Suhana yang singgah ke kedai BenAbas Gadget sambil ditemani rakan sekerja beliau minta kami untuk tolong periksa fon beliau yang tidak boleh dicas sekaligus menyebabkan ianya tidak dapat hidup dan digunakan.

Beliau juga turut terangkan pada kami yang fon beliau ini sudah agak lama berada didalam kondisi yang sukar untuk dicas. Perlu dicucuk dan diadjust terlebih dahulu sebelum baterinya dapat dicas. Nasib tak baik, haritu fon nya langsung tak dapat cas walau dah cuba dicucuk kabelnya dengan pelbagai cara.

Keadaan charging port yang baru semasa disolder

Puan Suhana yang jumpa kewujudan kedai BenAbas Gadget melalui hasil carian di internet ini juga menambah yang beliau ada berkunjung ke beberapa kedai telefon di sekitar Putrajaya sebelum itu untuk baiki fon ini, malangnya semuanya tidak ada servis membaiki charging port Asus X013D ini

Setelah mendengar penjelasan beliau yang panjang lebar, terus kami bongkar komponen fon ini untuk memulakan sesi baikpulih dan kami mendapati bahawa mainboard fon ini masih lagi normal dan masih lagi berfungsi dengan baik. Mana taknya, bila kami sambungkan ia dengan alat pembekal kuasa kami, terus fon ini hidup dengan serta merta tanpa sebarang masalah.

Kemudian kami lanjutkan pemeriksaan disekitar charging port dan hasilnya kami berjaya menemukan kesan solder yang sudah tercabut dan pin charging yang sudah mula bengkok akibat kerap ditekan secara kasar dan kuat ketika cubaan untuk mengecas.

Kembali pulih setelah dibaiki

Puan Suhana terus bersetuju untuk kami gantikan dengan set charging port yang baru dan minta kami siapkan ia dengan secepat mungkin. Tak sampai sejam, Asus Zenfone Go X013D milik Puan Suhana dari Balakong siap dibaiki dan ianya kembali boleh dicas dan hidup semula seperti biasa.

Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller#terer

 

 

Updates

asusCharging Port

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *