Repair Bateri Xiaomi Redmi 4a – Putrajaya

Repair-Handphone-Xiaomi-Redmi-4a-Rosak-Bateri-Kedai-Repair-Handphone-Putrajaya-Cyberjaya-Kajang-Puchong-Serdang-Bangi-Sepang-Salak-Tinggi-Kajang

Fon terpadam dan tidak boleh dihidupkan secara tiba-tiba!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan sebuah masalah yang telah terjadi kepada sebuah fon Xiaomi Redmi 4a milik Encik Izzudin yang menetap di Presint 17, Putrajaya. Encik Izzudin yang datang ke premis perniagaan BenAbas Gadget sambil ditemani anak-anak beliau telah menyerahkan kepada kami fon beliau dan meminta juruteknik kami untuk mengenal pasti punca sekaligus membaikinya semula jika boleh.

Apabila kami melakukan pemeriksaan, kami mendapati walaupun Redmi 4a beliau terpadam dan tidak boleh dihidupkan, lampu led yang menunjukkan indikasi sedang dicas pada fon beliau tetap menyala walaupun diluar proses pengecasan. Sebaik sahaja melihat keadaan yang seperti itu, kami terus bertanyakan awal kejadian yang menimpa fon sehingga mengakibatkan ia berkeadaan seperti itu.

Encik Izzudin menceritakan yang beliau juga buntu kerana sewaktu sedang digunakan, secara tiba-tiba sahaja fon beliau itu mati dan terpadam dengan sendiri. Ianya gagal untuk dihidupkan walaupun sudah dicas berjam-jam lamanya kerana menyangkakan baterinya sudahpun kong pada mulanya.

Sebaik sahaja habis mendengar penerangan beliau, kami terus membongkar dan meleraikan setiap komponen dan peralatan dalaman fon itu untuk memulakan sesi mencari punca kerosakan sekaligus membaikinya semula sehingga dapat digunakan semula seperti biasa.

Berbekalkan alat pembekal kuasa yang terdapat di premis BenAbas Gadget, fon itu berjaya dihidupkan semula dan berfungsi seperti biasa tanpa sebarang masalah. Ini bermakna motherboard fon ini masih lagi normal dan tidak mengalami sebarang kerosakan. Setelah mengetahui ianya masih lagi normal, terus kami melakukan ujian bacaan arus voltage yang terdapat pada bateri fon ini dan seperti yang sudah diduga, ianya menunjukkan bacaan diluar paras normal dan keadaan ini sememangnya sudah dijangka berikutan baterinya sudahpun digunakan hampir 3 tahun dan tidak pernah lagi ditukar sejak mula dikeluarkan dari kotak.

Setelah kami berbincang dengan pemiliknya, beliau bersetuju dengan kos istimewa yang kami tawarkan dan meminta juruteknik kami melakukannya dengan secepat yang mungkin. Akhirnya dalam masa tidak sampai 30 minit, fon Xiaomi Redmi 4a milik Encik Izzudin yang datang dari Presint 17 itu kembali hidup semula dengan normal dan berfungsi baik seperti biasa setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman didalam mengendalikan kerosakan yang dialami oleh Smartphone Android. Semoga beliau berpuas hati dengan layanan dan hasil kerja kami.

Repair-Handphone-Xiaomi-Redmi-4a-Rosak-Bateri-Kedai-Repair-Handphone-Putrajaya-Cyberjaya-Kajang-Puchong-Serdang-Bangi-Sepang-Salak-Tinggi-Kajang

Setelah siap dibaiki

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller

 

Updates

Baterixiaomi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *