Repair Bateri Vivo V11i – Putrajaya

Vivo V11i Tak Boleh Hidup

Fon kerap restart2 dan mati!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget telah berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Vivo model V11i milik salah seorang pelanggan kami yang setia iaitu Puan Aslinda yang datang dari Presint 17.

Puan Aslinda yang singgah ke premis perniagaan kami selepas habis waktu pejabat telah menyerahkan fon tersebut dan meminta kami untuk menyelesaikan masalah yang terjadi padanya. Sambil kami memulakan kerja-kerja pencarian punca kerosakan, beliau bercerita kepada kami yang fon tersebut mengalami masalah kerap restart dengan sendiri. Tidak berapa lama kemudian, ianya akan mati dan mengambil masa yang lama sebelum dapat dihidupkan dengan alat pengecas.

Menyedari yang fon tersebut masih lagi berada didalam tempoh waranti telah membuatkan beliau menghantar fon tersebut ke Service Centre Vivo yang berdekatan. Setelah beberapa lama, pekerja di pusat servis tersebut mengatakan fon itu telah mengalami kerosakan pada motherboardnya dan memerlukan kos yang sangat tinggi bagi menggantikannya.Oleh kerana beliau merasakan kos yang dikenakan itu amat tinggi, beliau pun datang ke kedai kami setelah menemui kewujudan servis kami melalui carian di laman sesawang Google.

Setelah diperiksa, kami mendapati bateri fon tersebut sudahpun kembung dari dalam. Bacaan arus voltannya juga menunjukkan bacaan tidak normal bagi sesebuah bateri smartphone. Setelah memaklumkan kepada beliau punca sebenar kerosakan dan kos yang diperlukan bagi sebuah bateri yang baru, beliau terus bersetuju dan meminta kami membaikinya semula dengan sesegera yang mampu.

Tidak sampai 30 minit, fon Vivo V11i milik Puan Aslinda yang menetap di Presint 17 itu kembali hidup semula dan berfungsi normal seperti biasa setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget. Sebelum melangkah pulang beliau sempat menuturkan rasa syukur kerana kerosakan yang dialami bukan berpunca dari motherboard seperti yang diperkatakan oleh juruteknik di pusat servis yang dikunjungi beliau sebelum ini.

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget

Updates

Baterivivo

1 Comment

  • sy nk ty 😭..smlm fon sy elok je function be3 pon baru 43% tp dia mati tibe ii 😌..sy rasa dia terlalu panas so sy biarkan dia sejuk smlman n try cas lps tu..tp still xde ape jd..masa nk try on tu dia just vibrate ii je tp skrin gelap.😭.btw fon sy vivo..what happen ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *