Skrin tersembul keluar sebab bateri kembung!
Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah berlaku keatas sebuah smartphone yang berjenama Huawei model Nova 2i atau lebih dikenali sebagai Mate 10 Lite didalam pasaran antarabangsa milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 4 iaitu Puan Anis Mazidah.
Puan Anis yang menghubungi kami melalui panggilan telefon telah bertanyakan kepada kami samada boleh membaiki semula fon beliau yang dikatakan berhadapan dengan masalah skrin terkeluar secara tiba-tiba.
Bila kami katakan yang kami perlu memeriksa terlebih dahulu fon tersebut kerana skrin yang terkeluar dari bingkai mempunyai banyak faktor dan salah satunya adalah kerana bateri yang mengembung dari dalam.
Mendengar sahaja perkara tersebut beliau memaklumkan yang beliau ada singgah di kedai baikpulih smartphone yang terletak di kampungnya baru-baru ini tetapi kedai tersebut tidak dapat membaikinya serta merta kerana perlu menunggu selama 3 hari sebelum stok bateri sampai.
Oleh kerana sangat memerlukan fon tersebut untuk memenuhi urusan harian yang penting, beliau terus berhubung dengan kami sekembalinya beliau dari kampung dan meminta kami untuk mebaikinya sesegra yang mungkin.
Setelah beliau tiba dikedai, kami terus memeriksa fon tersebut dan seperti yang sudah dimaklumkan kepada kami sebelum ini, ternyata baterinya memang sudah mengembung dari dalam dan hampir sahaja mengakibatkan set lcd skrinnya tercabut terus dari bingkainya.
Setelah diperjelaskan akan gerak kerja yang akan diambil beserta kos baikpulih, pemilik terus bersetuju dan berharap supaya kami dapat menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya setelah bekerja selama lebih kurang 30 minit, fon Huawei Nova 2i milik Puan Anis Mazidah yang datang dari Presint 4 itupun kembali pulih dan normal setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget
Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.
kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#trustedseller
Kalau tukar bateri huawei nova 2i lite berapa cik?
Kosnya 120 buat masa sekarang. Waranti sebulan. Cuma kita tak dapat buat sepanjang tempoh PKP ini.
Kalau tukar bateri huawei nova 2i lite berapa cik?
Kosnya 120 buat masa sekarang. Waranti sebulan. Cuma kita tak dapat buat sepanjang tempoh PKP ini.