Repair Bateri Huawei Nova 2i -Cyberjaya

Huawei Nova 2i Battery Replacement

Bateri menggelembung dari dalam!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah berlaku keatas sebuah smartphone yang berjenama Huawei model Nova 2i atau lebih dikenali sebagai Mate 10 Lite didalam pasaran antarabangsa milik seorang pelanggan kami yang datang dari bandar Cyberjaya iaitu Encik Shafik.

Encik Shafik yang menemui kewujudan premis perniagaan kami melalui hasil carian di laman Google terus singgah ke premis kami kerana mahu kami menyelesaikan masalah yang dihadapi fon kesayangan beliau itu.

Ketika diperiksa, kami mendapati yang fon tersebut kelihatan sedikit tidak normal pada permukaan lcd nya. Ini kerana jika diamati dengan pandangan mata kasar, amat jelas pada fizikal luarannya yang lcd skrinnya sudah pun terkeluar dari sarung bingkai fon.

Melihat sahaja keadaan yang seperti itu, dan tanpa membuang masa terus sahaja kami membongkar fon tersebut untuk melihat dan mencari punca permasalahan yang berlaku.

Seperti yang sudah diduga, ternyata ianya datang dari bateri fon tersebut yang sudahpun menggelembung dari dalam sekaligus menyebabkan ianya menolak lcd skrin dari permukaan bawah ke atas.

Setelah diperjelaskan kepada pemiliknya tentang status bateri tersebut beserta kos baikpulih yang diperlukan, terus beliau bersetuju dengan tawaran kami dan meminta kami untuk menyelesaikannya dengan kadar sesegera mungkin.

Akhirnya, setelah bekerja didalam tempoh lebih kurang 30 minit, fon Huawei Nova 2i milik Encik Shafik yang datang dari bandar Cyberjaya itupun kembali pulih dan berfungsi normal semula seperti biasa setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman membaiki peranti yang menjalankan operasi berasaskan sistem operasi Android.

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#trustedseller

Updates

Baterihuawei

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *