Repair Bateri Huawei Nova 2 Plus – Desa Pinggiran Putra

Huawei Nova 2 Plus Battery Replacement

Skrin terangkat disebabkan bateri kembung!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Huawei model Nova 2 Plus milik seorang pelanggan kami yang datang dari Desa Pinggiran Putra iaitu Puan Azirah.

Puan Azirah yang singgah ke premis perniagaan kami selepas pulang dari bekerja telah menyerahkan kepada kami fon tersebut dan meminta kami untuk memeriksa sekaligus membaiknya semula kerana risau akan keadaan fon kesayangan beliau yang dilihat tidak normal seperti kebiasaannya.

Ketika diperhatikan, kami mendapati skrin lcd fon tersebut telah terkeluar dan sedikit terangkat dari bingkai perumahnya dan jelas kelihatan cahaya yang samar-samar keluar dari sisi tepi bingkainya. Sebaik sahaja melihat keadaan tersebut, kami ada bertanyakan kepada pemiliknya tentang prestasi dan simptom bateri fon tersebut dan seperti yang sudah dijangka, ternyata baterinya sudah bermasalah berdasarkan ciri-ciri yang dijelaskan oleh pemiliknya.

Setelah beliau bersetuju dengan tawaran kos beserta tempoh waranti istimewa dari kami, terus sahaja kami bongkar setiap komponen dalaman fon tersebut untuk memulakan kerja-kerja baikpulih. Akhirnya setelah bekerja didalam lebih kurang 30 minit, fon Huawei Nova 2 Plus milik Puan Azirah yang datang dari Desa Pinggiran Putra itu kembali pulih seperti biasa setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#trustedseller

Updates

Baterihuawei

2 Comments

  • Assalamualaikum, saya Khairol. Proses menggantikan bateri samsung J4 + berapa lama? Handphone saya kembung bahagian bawah. Berapa harga ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *