Repair Bateri Huawei Mate 9 – Putrajaya

Huawei Mate 9 Battery Replacement

Skrin terangkat sebab bateri kembung!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah berlaku keatas sebuah smartphone yang berjenama Huawei model Mate 9 milik seorang pelanggan kami yang bekerja di Presint 2 iaitu Puan Fizdah.

Puan Fizdah yang telah menghubungi kami dari seawal waktu pagi lagi telah bertanyakan beberapa soalan tentang permasalahan yang telah berlaku keatas fon kesayangan beliau itu.

Sebaik sahaja kami memulakan perniagaan, beliau terus singgah ke premis perniagaan kami secara bersendirian dan menyerahkan fon tersebut ke tangan juruteknik kami dengan harapan supaya kami boleh membaikinya semula.

Ketika diperiksa, jelas kelihatan tentang keadaan tidak normal pada fon tersebut. Ini kerana permukaan layar skrinnya sudahpun terangkat keatas dan kelihatan seakan-akan sudah mahu terkeluar. Bahkan beliau sangat terkejut melihat keadaan baterinya ketika kami mencabutnya keluar.

Setelah diterangkan kos bagi seunit bateri yang baru, beliau bersetuju untuk mengambil khidmat kami bagi menggantikan set bateri yang baru dan tidak sampai 30 minit, fon Huawei Mate 9 milik Puan Fizdah yang bertugas di Presint 2 itupun kembali pulih setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang

Updates

Baterihuawei

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *