Skrin terangkat sebab bateri kembung!
Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Huawei model Mate 9 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 17 iaitu Puan Nor Hidayah.
Puan Nor Hidayah yang menemui servis baikpulih smartphone yang diusahakan kami di Presint 8 ini melalui hasil carian di laman web Google telah menghubungi kami dan bertanyakan kos bateri yang baru untuk fon beliau itu.
Ini kerana beliau berhasrat mahu menukarkannya dengan yang baru disebabkan bateri yang sedang digunapakai telah mengalami masalah kekembungan dari dalam. Lantaran itu skrinnya sudahpun terkeluar dari bingkai perumah akibat tertolak dari dalam.
Setelah dimaklumkan kepada beliau kos baikpulih beserta tempoh jaminan yang akan disertakan kelak, beliau terus bersetuju untuk menyerahkan wang deposit bagi menempah bateri yang khas untuk fon tersebut.
Sebaik sahaja dimaklumkan berkenaan bateri fon yang ditempah itu sudahpun berada didalam stok premis kami, beliau yang ditemani rakan sepejabat terus singgah ke kedai kami untuk menukar bateri fon beliau yang sudah rosak itu.
Tidak sampai 20 minit, fon Huawei Mate 9 milik Puan Nor Hidayah dari Presint 17 itupun kembali normal dan pulih setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.
Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.
Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :
-Masuk air
-Tidak boleh hidup
-Tidak boleh cas
-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.
-Simkad dan network problem.
-Handphone restart2
-Sangkut di logo
-Imei null,Baseband unknown
-EMMC & Userdata recovery
-FRP / Google lock
-Lupa password/pin/pattern
-Unlock carier
-Dan lain-lain
Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget