Repair Konektor Bateri Lenovo A6000 – Putrajaya

Repair Lenovo A6000 TAk Boleh Hidup

Handphone tetap tak boleh hidup lepas tukar bateri baru!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Lenovo model A6000 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 15 iaitu Encik Rashid.

Beliau yang singgah ke premis perniagaan kami sambil ditemani ahli keluarganya telah menyerahkan fon tersebut kepada kami dan meminta kami untuk memeriksa fon tersebut yang dikatakan mempunyai masalah tidak boleh dihidupkan.

Tambahnya lagi beliau turut telah membeli sebuah bateri baru kerana pada awalnya menyangkakan ianya berpunca dari bateri akan tetapi hasilnya tetap sama. Sebaik sahaja berdepan dengan keadaan itu, beliau telah menghantar fon tersebut ke kedai yang lain namun juruteknik dikedai tersebut mengatakan yang fon itu tidak lagi boleh dibaiki bahkan mereka juga tidak mengetahui punca ia tidak dapat dihidupkan.

Setelah mendengar penjelasan beliau terus kami memulakan kerja-kerja pencarian punca kerosakan. Ketika diteliti kami mendapati motherboardnya tidak menunjukkan sebarang bacaan ketika cuba dihidupkan dengan alat pembekal kuasa yang digunakan dikedai kami.

Sebaik sahaja melihat keadaan tersebut, terus kami bongkar setiap komponen dan peralatan dalamannya untuk meniliti dengan lebih dalam dan hasilnya kami berjaya menemukan kesan penyambung baterinya yang sudah terbakar dan kelihatan seperti pernah ditukar dengan yang lain namun tidak berjaya disudahkan dengan sempurna.

Pemilik fon tersebut terus bersetuju untuk kami membaikinya semula setelah beliau berpuas hati dengan kos baikpulih yang akan dikenakan dan tanpa membuang masa terus sahaja kami memulakan kerja-kerja baikpulih dan tidak sampai 1 jam, fon Lenovo A6000 milik Encik Rashid dari Presint 15 itupun kembali berjaya dihidupkan dan pulih semula seperti biasa setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Lenovo A6000 Tak Boleh Hidup

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget

Updates

lenovo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *