Repair Bateri Asus Zenpad C – Putrajaya

Asus Zenpad C Cant On. Battery Replacement

Tak boleh hidup sejak sekian lama!

Alhamdulillah. BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan satu masalah yang telah berlaku keatas sebuah tablet yang berjenama Asus model Zenpad C milik salah seorang pelanggan setia kami yang datang dari Presint 9 iaitu Encik Nazri.

Beliau yang singgah ke premis perniagaan kami secara bersendirian telah menyerahkan tablet tersebut dan meminta juruteknik kami untuk memeriksa dan membaikinya semula supaya boleh digunakan kembali seperti masa lalu.

Ketika sedang diperiksa kami sempat berbual dan beliau ada bercerita yang tablet sudahpun tidak digunakan sejak sekian lama berikutan masalah yang telah berlaku. Apa yang dapat kami perhatikan tablet tersebut kelihatan normal dan boleh hidup jika ditekan butang kuasanya, akan tetapi akan terus terpadam setelah beberapa saat menu utama terpapar di layar skrin utama.

Tanpa membuang masa, kami terus membongkar komponen dalamannya untuk memulakan kerja-kerja baikpulih dan hasilnya, kami dapat melihat arus bacaan voltage pada baterinya sudah menunjukkan bacaan paras tidak normal bagi sesebuah bateri tablet yang normal. Apatah lagi bateri tersebut dikilangkan pada tahun 2015 yang lepas.

Setelah menerangkan kepada pemiliknya tentang punca dan kos rawatan yang diperlukan, terus sahaja beliau bersetuju dan meminta kami untuk segera menyiapkannya kerana mahu memberikan tablet tersebut kepada anaknya.

Setelah bekerja didalam tempoh masa lebih kurang 20 minit, tablet Asus Zenpad C milik Encik Nazri yang datang dari Presint 9 itu kembali hidup dan berfungsi normal seperti biasa setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman mengendalikan kes-kes kerosakan pada tablet Android.

Asus Zenpad CBattery Replacement

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang

 

 

Updates

asusBateri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *