Lupa password iCloud di iPad!
Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah tablet yang berjenama Apple model iPad Mini 1 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Nilai iaitu Puan Amalina.
Puan Amalina yang datang ke premis kami secara bersendirian telah menyerahkan iPad Mini tersebut kepada juruteknik kami dan meminta supaya kami dapat membuka dan menghapuskan sistem keselamatan yang muncul di halaman utama setelah iPad itu dihidupkan.
Mesej pengaktifan kunci itu akan muncul secara automatik apabila sesebuah iPad itu cuba di restore bagi mengelakkan sebarang kejadian kecurian dari pengguna iPad. Disebabkan sudah lama tidak digunakan, pemiliknya telah lupa kedua-dua passcode dan password akaun iCloud yang digunakan pada tablet tersebut.
Setelah menemui BenAbas Gadget menerusi carian di halaman Google, beliau segera berkunjung ke tempat kami bagi mendapatkan khidmat membuang sistem keselamatan tersebut pada perantinya.
Pemiliknya terus bersetuju dengan tawaran kos baikpulih yang akan dikenakan sekiranya mahu menggunakan tablet itu semula dan sebaik sahaja mendapat persetujuan beliau, kami terus membongkar segala perkakasan dalaman tablet itu untuk memulakan kerja-kerja baikpulih.
Setelah Nand IC atau hard disknya kami buka dan cabut dari papan litar induknya, kami terus menggantikan nombor siri pada Nand IC nya dengan menggunakan alat programmer khas yang terdapat dikedai kami. Seusai kerja tersebut, kami memasangnya semula ke papan litar utama dan hasilnya, iPad Mini milik Puan Amalina yang datang dari Nilai tadi berjaya dibaiki dan dapat digunakan semula sebaik sahaja siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.
Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.
Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.
Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia