Kedai Repair Handphone Di Putrajaya-Cyberjaya

Dunia telekomunikasi hari ini menyaksikan evolusi dan perkembangan pesat secara mendadak sejak 2 dekad ini terutamanya selepas kelahiran smartphone pertama didunia pada tahun 1994. Dimana ianya dilancar dan diperkenalkan oleh bekas syarikat gergasi didalam dunia telekomunikasi iaitu IBM. Selepas itu muncul pula giliran Nokia, Benq, Motorola & Palm PDA yang bekerja menggunakan sistem operasi Symbians dan Palm OS mengambil alih pasaran smartphone pada awal & pertengahan 2000an. Namun, dunia smartphone berubah 180 darjah bermula 29 Jun 2007 dimana syarikat multi bilion Apple telah memperkenal iPhone kepada dunia dan disusuli pula oleh Google yang memperkenalkan Android pada 23 September 2008 kepada umum. Dan sejak itulah bermulanya perang sistem operasi dan spesifikasi diantara kedua-dua peminat sistem tersebut.

Serba tak kena tanpa handphone

Sesiapa sahaja boleh menggunakan smartphone hari ini

Jika 20 tahun lampau smartphone atau handphone boleh dikatakan aksesori bangsawan bagi seseorang, ianya tidak lagi dianggap sebagai sesuatu yang sukar dimiliki pada hari ini. Ini kerana  dengan lambakan syarikat dan pelbagai jenama yang mengeluarkan smartphone, tentunya persaingan yang hebat diantara mereka akan menguntungkan pengguna akhir seperti kita. Manakan tidak, boleh dikatakan setiap bulan ada sahaja syarikat-syarikat smartphone berlumba-lumba mengeluarkan produk terkini yang terdiri dari pelbagai spesifikasi dan perisian yang sesuai dengan kadar kemampuan dan permintaan kerja seseorang itu.

Cubalah tengok di sekeliling kita, pasti akan ternampak dengan mudahnya masyarakat hari ini berjalan atau membuat pelbagai aktiviti sambil ditemani smartphone mereka ditangan. Bahkan anak-anak kita yang masih menuntut di sekolah rendah pun sudah mampu menggunakan smartphone. Itu belum dilihat dari sudut smartphone atau tablet khas yang dibeli khusus untuk pendidikan atau kegunaan anak kecil dirumah. Apatah lagi golongan akademik dan profesional yang senantiasa memerlukan peranti seperti smartphone untuk memudahkan urusan pekerjaan dan perjalanan hidup mereka.

Namun, sepertimana barangan dan perkakasan elektronik yang lain, sudah tentu smartphone hari ini tidak terlepas dari sebarang masalah yang melanda ke atas sistem perisian software, mahupun perkakasan hardware. Ini kerana jenama, spesifikasi dan cara penggunaan seseorang itu amat memainkan peranan penting didalam hayat ketahanan sesebuah smartphone itu. Dan yang membuatkan masyarakat kita pada hari ini risau dan tidak keruan adalah bilamana smartphone mereka mengalami kerosakan dan masalah.

Kedai repair handphone tumbuh bagai cendawan

Seiring dengan pertambahan pengguna smartphone, kita juga akan mendapati bilangan yang ramai dari kalangan pengguna yang mengalami kerosakan handphone. Dan sudah menjadi lumrah didalam kehidupan bahawa disebalik setiap masalah yang timbul, pasti akan wujud satu cabang perniagaan yang menyediakan khidmat mengatasi masalah tersebut. Oleh itu tidak hairanlah jika kita dapat melihat begitu banyak kedai dan pusat membaiki handphone wujud kerana begitu banyaknya permintaan yang timbul dek kerana ramainya pengguna handphone pada hari ini. Cuma persoalan yang pasti timbul dikalangan pengguna smartphone adalah adakah kedai-kedai yang wujud ini benar-benar berkemampuan dan dipercayai untuk membaiki smartphone mereka?

Kedai repair handphone di Putrajaya-Cyberjaya

Repair-Handphone-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Puchong
BenAbas Gadget yang terletak di Presint 8

Pada tahun 2018 bandar pusat pentadbiran kerajaan persekutuan, Putrajaya telah merekodkan jumlah penduduk sebanyak 91.900 orang. Dan kami dari BenAbas Gadget sangat yakin bahawa dikalangan 91.900 warga Putrajaya itu pastinya kalian tercari-cari dimanakah kedai yang berpengalaman dan boleh dipercayai untuk membaiki handphone anda. Sekiranya anda yang sedang membaca artikel ini tergolong didalam kalangan mereka yang masih lagi tercari-cari kedai repair handphone yang sebegitu, ada berita baik untuk semua penduduk Putrajaya dan sekitarnya seperti Cyberjaya, Bandar Baru Bangi dan Puchong kerana terdapat sebuah kedai yang berpengalaman didalam dunia gadget dan smartphone semenjak tahun 2014 yang menyediakan khdimat jualan dan repair handphone kesayangan anda itu.

BenAbas Gadget – Sahabat handphone anda!

BenAbas Gadget diasaskan oleh seorang juruteknik yang sangat berpengalaman dan terlatih didalam dunia smartphone. Kami menyediakan khidmat membaiki handphone dari semua jenama dan sistem operasi yang dominan pada hari ini iaitu Android & IOS. Jadi, jika anda menghadapi masalah kerosakan handphone, juruteknik kami pasti akan memberikan khidmat terbaik dan melayan handphone anda seperti handphone sendiri.

Antara masalah yang biasa diselesaikan oleh BenAbas Gadget adalah :
  • Masuk air.
  • Tidak boleh hidup secara tiba-tiba.
  • Handphone tidak boleh dicaj.
  • Bateri panas atau kembung.
  • Earpiece speaker,Loudspeaker atau mikrofon tidak berfungsi dan mengeluarkan bunyi.
  • Simkad tidak dapat dibaca atau network bermasalah.
  • Wifi,GPS tidak boleh detect.
  • Layar skrin bermasalah : Menyala tetapi tiada respon bila disentuh. Langsung tiada gambar. Gambar pecah atau berbelang. Lampu di layar skrin hanya menyala sebelah. Skrin biru, merah atau putih.
  • Handphone restart2 atau bootloop.
  • Sangkut di logo Apple, iTunes dan lain-lain.
  • Fake Imei, Null Imei, Baseband Unknown.
  • Carier / Telco lock.
  • Lupa password : Pin, passcode, pattern.
  • Emmc/Emcp & Userdata Recovery.
  • Google Lock/FRP, MiCloud Lock,Huawei ID, dan lain-lain.
  • Rooting. Upgrade Downgrade ROM.
  • Dan banyak lagi masalah.

Haaaa. Macam mana? Ada tak jenis kerosakan diatas termasuk didalam masalah yang terjadi pada handphone anda?Kalau ada, tunggu apa lagi? Tuan-tuan boleh terus walk-in ke kedai kami di Fasa 4C, Blok CA, No 2, Presint 8. Putrajaya. Tapi, nanti dulu kerana kami ada sedikit info tambahan yang tuan-tuan perlu tahu kenapa BenAbas Gadget adalah pilihan tepat untuk tuan-tuan membaiki handphone.

Sebab-sebab kenapa perlu repair handphone di BenAbas Gadget :

1-Sesi diagnosis & nasihat asas yang percuma

Sekiranya tidak pasti handphone anda mengalami kerosakan apa, boleh sahaja terus ke kedai kami untuk sesi pemeriksaan asas yang dilakukan secara percuma! Kan untung tuuuu.. Selain daripada sesi pemeriksaan asas secara percuma, juruteknik kami juga akan memberikan tips dan nasihat asas kepada pengguna tentang panduan dan cara penggunaan smartphone dengan bijak supaya masalah-masalah yang melanda tidak lagi berlaku dimasa hadapan.

2-Handphone akan terus dibaiki dan tidak perlu ditinggalkan jika tidak melibatkan kerosakan yang teruk

Sekiranya handphone tuan-tuan tidak mengalami masalah kerosakan motherboard atau yang menghidapi penyakit major faulty issues, juruteknik kami akan terus membaiki handphone secara on the spot dan ini bergantung juga pada stok alatganti yang terdapat dikedai kami. Tak payah tunggu lama-lama, kami akan terus repair dimana majoriti minor issues hanya memerlukan tempoh baikpulih pada sekitar seawal 30-40 minit sahaja.

3-Alat ganti yang original dan berkualiti

Salah satu penyebab utama kenapa warga Putrajaya, Cyberjaya dan sekitarnya perlu berurusan dengan kami adalah alat ganti yang kami sediakan adalah yang asli dan berkualiti tinggi. Jika sebelum ini kita sering diperdengarkan dengan berita hasil pengalaman tidak manis dari pengguna-pengguna handphone yang mengalami kehilangan alat ganti yang asli, namun tidak di BenAbas Gadget kerana kami tidak akan mengambil dan menukar barangan didalam handphone anda dengan yang lain. Ini menjadikan handphone anda selamat dan terjamin di tangan kami.

4-Mengikut SOP yang selamat

Smartphone kesayangan anda juga akan dilayan dengan penuh cermat dan hati oleh juruteknik kami yang berpengalaman sejak 2014.Ini bermakna setiap smartphone anda akan dibaiki dengan SOP yang betul dan tepat, bahkan kami akan mengendalikan setiap kes seperti smartphone sendiri. Ini bagi mengelakkan sebarang kerosakan yang lain pula akan timbul sewaktu dibaiki. Jadi tidak wujud kes lain yang rosak, lain yang baiki, bertambah pula benda lain yang rosak nanti.

5-Peralatan dan fasiliti yang lengkap

Selain mengendalikan sesuatu kes dengan cermat dan berhati-hati, juruteknik kami juga dilengkapi dengan peralatan dan perisisan khas yang lengkap bagi mengendalikan sebarang kes yang terjadi pada hardware atau software handphone anda. Jika sesuatu kes itu melibatkan perisian dalaman seperti software, juruteknik kami dibekalkan dengan alatan perisian khas yang sah dan selamat dari sebarang risiko dan kerosakan ancaman dari perisian 3rd party seperti virus, penggodaman dan lain-lain. BenAbas Gadget juga boleh dikatakan satu-satunya kedai di kawasan Putrajaya-Cyberjaya yang mempunyai khidmat baikpulih sistem software yang berasaskan IOS & Android yang lengkap dan terkini.

6-Harga yang mesra pengguna

Harga yang sangat berpatutan dan berbaloi bagi semua peringkat umur dan karier. Mana tidaknya, kos repair dikedai kami bermula serendah RM30. Kan murah tu? Dan ramai juga dikalangan pelanggan kami yang terdiri dari mereka yang masih lagi bersekolah rendah tau. Nak repair handphone dengan harga istimewa? Singgah sahaja ke premis perniagaan kami.

7- Jaminan waranti disertakan

Repair mahal-mahal tapi takut tak ada waranti? Jangan risau, kerana di BenAbas setiap masalah yang melibatkan perkakasan hardware akan disertakan dengan waranti yang bermula dari 7 hari sehingga 3 bulan. Macam mana? Rasa selamat dan terjamin dengan setiap sen yang dilaburkan nanti bukan? Jika terdapat sebarang kerosakan dan defect dari alatganti yang kami berikan nanti, tanpa banyak cakap kami akan terus gantikan semula dengan set yang baru secara 1:1. Syok kan?

8- One stop centre Gadget & Smartphone

Manakan tidak kerana selain dari khidmat baikpulih handphone yang menjadi teras perniagaan kami, BenAbas Gadget juga menawarkan khidmat jualan smartphone yang baru, terpakai dan juga aksesori tambahan smartphone dikedai kami. Bahkan setiap pembelian akan disertakan dengan khidmat nasihat selaku juruteknik handphone yang telah berpengalaman dan tahu jenama dan model mana yang sering mengalami masalah. Ini boleh mengelakkan anda dari menjadi mangsa jurujual yang hanya mahu mengejar sales mereka dan berlepas diri sekiranya handphone itu mengalami kerosakan dimasa hadapan. Setiap urusan dengan kami kelak akan berlangsung dengan telus tanpa berselindung disebalik motif-motif tertentu.

Testimoni pelanggan

Dibawah ini kami sediakan wajah-wajah ceria mereka yang pernah membeli & menghantar handphone mereka untuk dibaiki di BenAbas Gadget

Diantara mreka yang membeli handphone dari kami
Diantara mereka yang membaiki handphone di BenAbas Gadget
Cable-iPhone-Murah-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Kajang
Diantara mereka yang membeli aksesori di BenAbas Gadget
Repair-Handphone-Honor-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Kajang
Diantara mereka yang membaiki handphone di BenAbas Gadget
Diantara mereka yang membaiki handphone di BenAbas Gadget
Diantara mereka yang membaiki handphone di BenAbas Gadget
Repair-Handphone-Huawei-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Puchong
Diantara mereka yang membaiki handphone di BenAbas Gadget
Diantara mereka yang membaiki handphone di BenAbas Gadget
Repair-Handphone-Samsung-Putrajaya-Cyberjaya-Bangi-Kajang
Diantara mereka yang membaiki handphone di BenAbas Gadget
Diantara mereka yang membaiki handphone di BenAbas Gadget

Macam mana? Dah tak sabar ke nak repair handphone tuan-tuan macam mereka yang diatas tu? Jika ya, tuan-tuan bolehlah mula menghubungi kami untuk sebarang pertanyaan bagi menyelesaikan segala permasalahan. Kami tunggu anda semua dikedai kami yaaa..

Dapatkan servis repair handphone Android & IOS anda di Putrajaya-Cyberjaya ini sekarang!

BenAbas Gadget

Telefon / WhatsApp : 0132644102 | Whatsapp

Facebook : BenAbas Gadget

Instagram : benabas.gadget

Waze : BenAbas Gadget

 

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller

 

 

Artikel Terbaru