Baiki Xiaomi Redmi Note 3 Tak Boleh Cas – Bandar Baru Bangi

Xiaomi Redmi Note 3

Xiaomi Redmi Note 3 tak boleh hidup

Selesai ganti set charging board bagi fon Xiaomi Redmi Note 3 milik Encik Helmy yang telah datang dari Bandar Baru Bangi. Encik Helmy yang hadir ke premis BenAbas Gadget minta kami untuk bantu beliau yang mengalami masalah fon tak boleh hidup. Beliau mengesyaki yang charging port nya sudah rosak kerana sebelum ianya gagal dihidupkan, fonnya mengalami masalah kegagalan untuk mengecas. Apatah lagi sebelum itu, fon yang sama ini juga pernah dibaiki di bahagian charging portnya.

XiaomI Redmi Note 3

Dalam proses baikpulih

Seperti biasa, bilamana ada fon yang tidak boleh dihidupkan masuk ke meja kerja kami perkara pertama yang kami akan lakukan adalah dengan troubleshoot asas bagi mengenal pasti secara umum apakah masalah sesebuah fon itu yang sebenarnya.

Bila kami hidupkan fon ini dengan alat pembekal kuasa kami,ternyata ianya masih lagi normal dan boleh dihidupkan dengan baik tanpa sebarang masalah. Lalu, kami teruskan dengan analisis selanjutnya yang berkisar pada baterinya pula. Setelah kami pisahkan baterinya dari komponen utama, kami cuba melakukan proses jumpering dengan harapan supaya bateri ini tadi dapat diaktifkan semula dan menghilangkan masalah kegagalan fungsi cas sebelum itu.

Namun setelah proses jumpering selesai, Xiaomi Redmi Note 3 ini masih lagi tidak dapat dicas walaupun fon sudah kembali menyala. Setelah kerja-kerja asas sebentar tadi masih tidak dapat menyelesaikan masalah yang timbul, terus kami periksa charging board nya dan kami akhirnya berjaya menemukan punca masalahnya disitu. Mungkin akibat kerap kali digunakan dengan kasar, pin pada charging board fon ini sudahpun bengkok dan patah.

Xiaomi Redmi Note 3

Setelah siap dibaiki dengan sepenuhnya

Setelah kami dapat lampu hijau untuk terus baiki fon ini dari tuan punya badan, terus kami gantikan set charging board yang baru dan akhirnya Xiaomi Redmi Note 3 milik Encik Helmy yang datang dari Bandar Badru Bangi itu kembali hidup dan boleh dicas semula seperti biasa.

Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller#terer

Updates

Charging Portxiaomi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *