iPhone SE tak boleh hidup selepas overcharge!
Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Apple model SE keluaran tahun 2016 milik seorang pelanggan kami yang menetap di Seremban iaitu Encik Rafiq.
Encik Rafiq yang hanya berhubung dengan kami melalui talian Whatsapp telah mengepos fon beliau ke premis perniagaan kami dan meminta supaya kami dapat memeriksa sekaligus membaiki semula fon tersebut yang pada mulanya dikatakan mati secara tiba-tiba setelah dicas semalaman.
Sebaik sahaja menerima bungkusan kiriman beliau kami terus melakukan kerja-kerja pemeriksaan dan mendapati bahawa terdapat litar pintas yang berlaku pada papan litarnya. Ini mungkin disebabkan terlalu lama sewaktu mengecas sebelum ini.
Setelah mengetahui punca keroskan yang dialami, kami segera memaklumkannya kepada pemiliknya akan punca dan kos baikpulih yang akan dikenakan sekiranya beliau bersetuju untuk meneruskan kerja-kerja baikpulih itu nanti.
Encik Rafiq terus bersetuju dengan tawaran istimewa yang kami tawarkan pada beliau dan meminta kami menyiapkannya dengan sesegera yang mungkin kerana mahu menggunakannya untuk urusan kerja seharian yang penting.
Akhirnya, iPhone SE milik Encik Rafiq itu berjaya hidup semula dan berfungsi seperti biasa setelah kerosakan pada komponen jalur VCC Main yang berkait rapat dengan Power IC berjaya dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang terlatih & berpengalaman luas didalam mengendalikan kes-kes kerosakan yang sering berlaku pada logicboard atau motherboard iPhone dan iPad.
Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.
Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.
Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardiphone #applemalaysia #iphonemalaysia