Baiki LCD Skrin Vivo V9 – Putrajaya

Repair LCD Skrin Vivo V9 Rosak Masuk Air & Minyak

Paparan skrin krin bertompok-tompok!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Vivo model V9 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 17 iaitu Encik Shafik.

Beliau yang singgah ke premis perniagaan kami sambil ditemani ahli keluarganya yang lain telah meminta juruteknik kami untuk memeriksa sekaligus membaiki semula fon beliau yang dikatakan mempunyai sedikit masalah pada paparan skrinnya.

Ketika diperhatikan, kami mendapati bahawa paparan skrinnya terdapat bayangan hitam yang bertompok-tompok disebahagian permukaan skrinnya. Menurut pemiliknya, keadaan ini terjadi setelah anak kecil beliau menggigit fon tersebut dan mereka yakin bahawa fonnya sudah dimasuki air.

Setelah diperiksa dengan lebih lanjut, kami berjaya menemukan kesan tompokan minyak di bahagian dalam fon itu. Kesan tersebut mungkin berasal dari tumpahan losyen kanak-kanak dimana ia telah meresap masuk kedalam ruangan skrinnya sekaligus menyebabkannya rosak sebegitu.

Mereka bersetuju untuk menggantikan set lcd skrin yang baru setelah diterangkan kepada mereka tentang gerak kerja yang akan diambil beserta upah yang diperlukan untuk membaiki semula fon tersebut. Setelah bekerja didalam tempoh masa lebih kurang 40 minit, fon Vivo V9 milik Encik Shafik yang datang dari Presint 17 itupun kembali pulih dan berfungsi normal semula sejurus ianya siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

LCD Skrin Vivo V9 Rosak Masuk Air

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget

Updates

LCDDamagedvivo

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *