Baiki LCD Skrin Redmi Note 4x – Cyberjaya

Skrin Redmi Note 4 Rosak Pecah Retak

Skrin gelap dan berjalur-jalur!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Xiaomi model Redmi Note 4x milik seorang pelanggan kami yang datang dari Cyberjaya iaitu Encik Syahrul.

Encik Syahrul yang singgah sebentar ke premis perniagaan kami sebelum beliau masuk bekerja telah menyerahkan fon tersebut kepada juruteknik kami dan meminta supaya kami dapat memberikan sebut harga untuk kos baikpulih masalah yang sedang dihadapi fon itu.

Ketika diamati, kami dapat melihat fon yang baru sahaja terjatuh kelmarin itu telah mengalami kerosakan skrin. Ini dapat dilihat dengan jelas pada paparan layar skrinnya yang sudahpun berubah warna kehitaman dan berjalur-jalur sewaktu dihidupkan. Tambahan pula kesan keretakan yang terdapat pada layar skrinnya juga menyebabkannya kelihatan sangat memerlukan penggantian set lcd skrin yang baru dengan kadar sesegera yang mungkin.

Setelah dimaklumkan kepada pemiliknya berkenaan kos baikpulih yang akan disertakan sekali dengan tempoh waranti yang cukup lama, beliau terus bersetuju dan mahu kami menyiapkan fon tersebut sebelum beliau masuk ke bilik mesyuarat hari ini.

Setelah bekerja didalam tempoh masa lebih kurang 40 minit, fon Xiaomi Redmi Note 4x milik Encik Syahrul dari Cyberjaya itupun kembali hidup normal dan pulih semula seperti biasa sejurus ianya siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman luas didalam mengendalikan kes-kes kerosakan skrin pada peranti Android & IOS.

Skrin Xiaomi Redmi Note 4x Pecah

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget

 

Updates

LCDDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *