Baiki LCD Skrin Huawei Nova 3i – Subang Jaya

Skrin Huawei Nova 3i Rosak Masuk Air

Layar skrin bergaris-garis!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Huawei model Nova 3i milik seorang pelanggan kami yang datang dari Subang Jaya iaitu Encik Zulhilmi.

Encik Zulhilmi yang singgah ke premis perniagaan kami telah menyerahkan fon tersebut dan meminta supaya juruteknik kami dapat memeriksa fon itu yang dikatakan tidak dapat dihidupkan seleas masuk ke dalam air.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan beliau, kami terus meleraikan setiap komponen dan perlatan dalamannya untuk memulakan kerja-kerja pencucian komponen dalamannya bagi tujuan untuk mengelakkan sebarang kejadian litar pintas yang sering berlaku keatas fon yang dimasuki air.

Setelah kesemuanya siap dicuci, kami cuba menghidupkannya semula dengan alat pembekal kuasa kami. Hasilnya fon tersebut berjaya dihidupkan semula setelah siap dicuci, cuma keadaan lcd skrinnya sudahpun berbelang dan tidak dapat ditekan akibat terkesan dengan air sebelum ini.

Pemiliknya terus bersetuju untuk kami gantikan set lcd skrin yang baru untuk fon itu setelah mendengar penjelasan kami berhubung kos baikpulih beserta tempoh jaminan yang akan disertakan kelak.

Tidak sampai 40 minit, fon Huawei Nova 3i milik Encik Zulhilmi dari Bandar Subang Jaya itupun kembali hidup dan berfungsi normal semula setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Huawei Nova 3i Rosak Masuk Air

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget

Updates

huaweiLCDDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *