Baiki LCD Skrin Huawei Nova 3i – Nilai

Skrin Huawei Nova 3i Rosak

Layar skrin berbelang-belang!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Huawei model Nova 3i milik seorang pelanggan kami yang datang dari Bandar Nilai iaitu Encik Hidney.

Sebaik sahaja habis waktu bekerja, Encik Hidney yang datang ke premis perniagaan kami bersama anaknya telah menyerahkan fon tersebut kepada juruteknik kami dan meminta supaya fon beliau yang baru sahaja rosak akibat dibaling anak kecil beliau itu dapat dibaiki semula kerana amat memerlukannya untuk urusan kerja seharian yang penting.

Ketika diteliti, kami mendapati bahawa paparan layar skrinnya sudah kelihatan tidak normal. Ini kerana warna paparan yang keluar kelihatan berjalur-jalur dan bergerak dengan sendiri, ditambah pula dengan keadaan layar sesentuhnya yang sudahpun mengalami keretakan di beberapa tempat.

Setelah dimaklumkan kepada pemiliknya tentang gerak kerja yang akan diambil beserta kos baikpulih yang diperlukan, beliau terus bersetuju dan meminta kami untuk menukar set lcd skrinnya dengan kadar secepat yang boleh.

Tidak sampai 1jam, fon Huawei Nova 3i milik Encik Hidney yang datang dari Bandar Nilai itupun kembali hidup normal dan berfungsi semula dengan baik setelah ianya siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman didalam mengendalikan kes-kes kerosakan layar skrin yang sering terjadi keatas peranti yang menggunakan sistem operasi Android & IOS.

Skrin Huawei Nova 3i Rosak

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget

 

 

Updates

huaweiLCDDamaged

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *