Baiki Kamera Belakang iPhone 6 – Taman Putra Perdana

Kamera Belakang iPhone 6 Rosak.

Kamera ada tompok hitam!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas 2 buah smartphone yang berjenama Apple model iPhone 6 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Taman Putra Perdana, Puchong iaitu Encik Faiz.

Encik Faiz yang singgah ke premis perniagaan kami bersama isteri beliau telah menyerahkan fon tersebut dan meminta kami untuk membaiki kamera belakangnya yang dikatakan mempunyai sedikit masalah.

Ketika diperiksa, kami mendapati terdapat tompokan kecil kehitam-hitaman yang muncul ketika mengambil gambar menggunakan kedua-dua buah iPhone 6 tersebut.

Sebaik sahaja melihat keadaan tersebut, kami terus meleraikan kameranya dan mencuci dengan harapan supaya masalah tersebut akan selesai. Malangnya ianya tetap berlaku dan sebaik sahaja melihat keadaan tersebut, kami terus memaklumkan kepada pemiliknya tentang langkah kerja yang akan diambil bagi membaiki semula fon beliau itu.

Setelah diterangkan kepada mereka berkenaan kos baikpulih dan punca kerosakannya, mereka terus bersetuju untuk kami gantikan sahaja kamera belakang yang baru buat kedua-dua fon tersebut. Tidak sampai 30 minit, kedua-dua iPhone 6 milik Encik Faiz dari Taman Putra Perdana itupun kembali pulih setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget

Updates

iphone

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *