iPhone 8 tak boleh hidup lepas masuk air!
Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Apple model iPhone 8 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Dengkil iaitu Encik Jusli.
Encik Jusli yang sudah berhubung dengan kami sebelum pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula pertengahan Januari lalu telah singgah ke premis perniagaan kami sebaik sahaja mendapat tahu yang kami sudah memulakan operasi setelah sekian lama terhenti.
Sebaik sahaja menerima fon beliau, kami terus melakukan troubleshooting asas kerana dari fizikal luaran, fon tersebut berada didalam keadaan retak di permukaan layar skrinnya.
Ketika kami asyik membelek, beliau memaklumkan kepada juruteknik kami yang fon itu telah mati setelah dimasuki air sejak hampir 2 bulan lalu. Tatkala mendengar penjelasan beliau, kami terus menerangkan prosedur asas kami sekiranya berdepan dengan fon yang dimasuki air dimana kami perlu mencuci dan membersihkan sisa-sisa dan kesan dimasuki air pada papan litar atau logicboardnya sebelum memulakan diagnosis dengan lebih mendalam.
Pemiliknya terus bersetuju untuk meninggalkan seketika fon beliau itu dikedai kami untuk memudahkan juruteknik kami memeriksa sekaligus membaiki semula fon kesayangan beliau itu. Setelah diteliti dengan penuh berhati-hati, kami mendapati papan litarnya sudahpun berada didalam keadaan short circuit atau litar pintas di jalur laluan hard disk ic yang berfungsi sebagai tempat penyimpanan segala data didalam fon.
Tanpa melengahkan masa, kami terus menerangkan gerak kerja yang akan diambil beserta kos baikpulih yang diperlukan kepada pemiliknya. Tanpa sebarang keraguan, pemiliknya terus bersetuju untuk kami lanjutkan kerja baikpulih dan akhirnya, iPhone 8 milik Encik Jusli dari Dengkil yang rosak akibat dimasuki air itupun kembali pulih dan hidup semula seperti sediakala tanpa sebarang masalah setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman luas didalam mengendalikan kes-kes kerosakan pada papan litar atau motherboard iPhone & iPad.
Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.
Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.
Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardiphone #applemalaysia #iphonemalaysia