Baiki iPad Mini 1 & 2 Tiada Display – Sepang

Repair Backlight iPad Mini

Skrin tak menyala lepas tukar lcd baru!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas dua buah tablet berjenama Apple model iPad Mini 1 & iPad Mini 2 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Sepang iaitu Encik Rizal.

Encik Rizal yang mengetahui kewujudan kedai kami menerusi hasil carian di Google telah singgah ke premis kami secara bersendirian selepas pulang dari tempat kerja. Sebaik sahaja sampai, beliau terus menyerahkan kedua-dua buah tablet tersebut dan meminta juruteknik kami untuk memeriksa dan membaikinya semula agar ianya dapat digunakan kembali oleh anak-anaknya.

Ketika memeriksa tablet tersebut, kami mendapati iPad Mini 1 tersebut masih menyala cuma paparannya seakan-akan tiada disebabkan ketiadaan lampu pada layar skrinnya. Manakala bagi iPad Mini2 itu pula, paparannya langsung tidak menyala walaupun arus voltage papan litarnya masih lagi berfungsi normal dengan baik.

Pemiliknya menambah yang keadaan itu terjadi setelah beliau mencuba untuk menukar skrin sesentuh bagi kedua-dua tablet tersebut dan sewaktu proses penukaran berjalan, secara tiba-tiba ianya terpadam dan kelihatan sedikit berasap dari papan litarnya.

Sebaik selesai membuat analisis singkat, kami menerangkan kepada pemiliknya bahawa papan litar atau logicboardnya sudahpun rosak akibat berlaku sedikit litar pintas semasa proses penukaran layar sesentuh yang beliau cuba lakukan sebelum ini. Kami juga sempat menerangkan kepada beliau bahawa setiap komponen yang ada di papan litar tablet dan telefon pintar amat sensitif dan mudah rosak jika tidak dikendalikan dengan baik dan mengikut SOP yang betul untuk membaikpulih sesebuah peranti.

Setelah habis mendengar penerangan kami yang berupa gerak kerja yang akan diambil beserta anggaran kos yang diperlukan untuk membaikpulih kedua-dua tablet ini, pemiliknya terus bersetuju untuk menyerahkannya kepada juruteknik kami untuk membaikinya semula.

Akhirnya, berbekalkan pengalaman kami yang lama dan luas didalam dunia baikpulih peranti pintar, kedua-dua tablet iPad Mini 1 & iPad Mini 2 milik Encik Rizal dari Sepang itu berjaya pulih semula dan berfungsi dengan baik setelah siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang pakar didalam mengendalikan kes-kes kerosakan motherboard atau logicboard bagi iPad & iPhone.

 

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget

Repair iPad Mini 2 Backlight

Setelah siap dibaiki BenAbas Gadget

Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?

Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.

Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.

Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardiphone #applemalaysia #iphonemalaysia

 

 

Uncategorized

ipadMotherboardRepair

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *