Baiki Huawei Nova 5t Masuk Air – Cheras

Huawei Nova 5t Rosak Masuk Air

Fon tak hidup lepas masuk air!

Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah smartphone yang berjenama Huawei model Nova 5t milik seorang pelanggan kami yang datang dari Cheras iaitu Puan Norshahirah.

Puan Norshahirah yang singgah ke premis perniagaan kami sambil ditemani suami beliau telah menyerahkan fon tersebut kepada juruteknik kami dan meminta supaya fon itu dapat dihidupkan semula setelah mati akibat dimasuki air.

Sebaik sahaja mendengar penjelasan beliau berkenaan ianya rosak disebabkan air, terus kami membongkar setiap komponen dan peralatan dalamannya untuk memulakan kerja-kerja pencucian bagi mengelakkan sebarang kejadian litar pintas dikemudian hari.

Setelah proses pencucian yang melibatkan penggunaan cecair khas untuk mencuci komponen elektronik itu selesai, kami terus melihat bacaan arus voltage pada motherboardnya dengan menggunakan alat pembekal kuasa bagi menentukan kerosakan yang dialami. Hasilnya, kami melihat motherboardnya masih lagi hidup dan dapat berfungsi normal.

Melihat sahaja keadaan itu, kami terus memasang semula setiap komponen yang telah dibuka sebelum proses pencucian itu tadi dan akhirnya, fon Huawei Nova 5t milik Puan Norshahirah dari Cheras itupun kembali hidup dan berfungsi semula seperti biasa setelah ianya siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget.

Huawei Nova 5t Rosak Masuk Air

Setelah siap dibaiki oleh BenAbas Gadget.

Nak repair handphone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan handphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki handphone berasaskan sistem operasi Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan juruteknik kami.

#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget

Updates

huaweiWaterDamaged

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *