iPad tak boleh hidup dengan tiba-tiba!
Alhamdulillah, BenAbas Gadget berjaya menyelesaikan suatu masalah yang telah terjadi keatas sebuah tablet berjenama Apple model iPad Air 1 milik seorang pelanggan kami yang datang dari Presint 11 iaitu Encik Ferdaus.
Encik Ferdaus yang singgah ke premis perniagaan kami sebaik sahaja habis waktu bekerja telah menyerahkan tablet tersebut dan meminta kami untuk membaikinya semula sehingga dapat digunakan kembali.
Tambah beliau lagi, beliau baru sahaja mengambil tablet tersebut dari sebuah kedai yang berdekatan dikawasan kejiranan beliau yang gagal untuk membaikinya dek kerana kekurangan tenaga kerja yang mahir sewaktu mengendalikan kes-kes kerosakan pada papan litar atau logicboard bagi sesebuah tablet pintar.
Sebaik sahaja mendengar penjelasan beliau kami meminta beliau untuk meninggalkan tablet tersebut di premis kami memandangkan kerja-kerja baikpulih logicboard memerlukan sedikit masa agar segala permasalahan dapat dianalisis dengan tepat dan cermat untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini dimasa hadapan kelak.
Ketika kami memulakan kerja-kerja mendiagnosis tablet beliau menggunakan alat pembekal kuasa yang terdapat dikedai kami, kami mendapati skrinnya berada didalam warna merah sewaktu proses kemaskini dan format. Sejurus selepas habis diformat muncul notifikasi Error 4013 di paparan skrin laptop kami dan ini jelas menunjukkan hard disk atau Nand IC nya sudahpun rosak dan perlu digantikan sekiranya mahu menggunakannya semula.
Setelah berbincang dan menerangkan kepada pemiliknya tentang gerak kerja, punca kerosakan, dan kos yang diperlukan untuk membaikinya semula, beliau terus bersetuju dengan harga yang kami tawarkan dan meminta kami meneruskan kerja-kerja baikpulih tablet kesayangannya itu.
Akhirnya, iPad Air 1 milik Encik Ferdaus dari Presint 11 yang telah melalui proses pengisian data dan penggantian hard disk baru itu kembali pulih dan berfungsi normal semula seperti biasa sebaik sahaja ianya siap dibaiki oleh juruteknik BenAbas Gadget yang berpengalaman luas didalam mengendalikan kes-kes kerosakan motherboard pada peranti pintar seperti iPhone dan iPad.
Nak repair motherboard iPhone / iPad tapi tak tahu dimana tempatnya?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih motherboard iPhone & iPad berkualiti dengan harga berpatutan.
Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di Fasa 4C, Blok CA, Aras Bawah, No 2. Presint 8 Putrajaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.
Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardiphone #applemalaysia #iphonemalaysia