Repair Power Button & Volume Button Oppo Neo 5

Repair-Handphone-Oppo-Neo-5-Rosak-Putrajaya-Cyberjaya

Handphone tak boleh on dan hanya sangkut di recovery mode

Alhamdulillah. Berjaya menyelesaikan masalah yang terdapat pada fon Oppo Neo 5 model R831L milik Puan Amira yang datang dari Presint 8, Putrajaya. Puan Amira yang singgah di premis perniagaan BenAbas Gadget pada tengah hari tadi telah meminta juruteknik kami untuk tolong perbaiki masalah fon beliau yang tidak dapat dihidupkan.

Repair-Handphone-Oppo-Neo-5-Rosak-Putrajaya-Cyberjaya

Dalam proses baikpulih

Sambil juruteknik kami periksa fon tersebut, Puan Amira memberitahu kami yang fon tersebut masih boleh dihidupkan sebelum ini, namun tidak lagi sejak semalam akibat susah nak tekan butang kuasanya. Bila kami lihat, kami mendapati dari fizikal luaran power button tersebut sudah rosak kerana kerap digunakan secara direct contact dengan menggunakan benda halus dan tajam. Beliau terpaksa berbuat sedemikian kerana butang plastik luarannya sudah pun pecah dan tanggal.

Setelah kami jelaskan punca dan kos rawatan, Puan Amira terus bersetuju dan meminta kami menyiapkannya pada hari ini juga. Ketika masih dalam tempoh baikpulih, kami mendapati bahawa fon ini menghadapi satu lagi masalah walaupun sudah berjaya dihidupkan dengan butang kuasa yang baru. Ianya adalah Oppo Neo5 ini akan hidup ke dalam recovery mode dan kekal disitu walaupun pilihan untuk reboot sudah ditekan.

Rupa-rupanya ianya berpunca dari butang volume fon ini yang juga sudah mengalami nasih yang sama seperti butang kuasanya, yakni rosak akibat sering ditekan secara direct contact dengan benda tajam. Setelah kami jelaskan kepada beliau, berlaku sesi tawar menawar dan memandangkan beliau ingin tukar dua alat ganti tersebut sekaligus, kami bersetuju memberikan harga dan jaminan istimewa buat fon ini.

Akhirnya, dalam masa yang tidak sampai satu jam, fon Oppo Neo 5 R831 milik Puan Amira yang pada mulanya tidak boleh dihidupkan dan ada masalah sangkut di recovery mode itu berjaya dibaiki dan hidup semula dengan baik seperti sediakala.

Repair-Handphone-Oppo-Neo-5-Rosak-Putrajaya-Cyberjaya

Setelah siap dibaiki

Nak repair phone tapi tak pasti & yakin nak hantar kemana?
Buat seluruh warga Putrajaya, Cyberjaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih & jualan smartphone dengan kualiti kerja yang bagus dengan harga berpatutan.

Kami dari BenAbas Gadget menawarkan servis menjual, membaiki smartphone berasaskan Android & IOS. Juga menjual aksesori tambahan gadget.

Diantara servis baikpulih hardware & software yang kami sediakan adalah :

-Masuk air

-Tidak boleh hidup

-Tidak boleh cas

-Skrin bermasalah : Menyala tapi tak boleh sentuh. Langsung tiada gambar. Ada gambar tapi lampu xkeluar. Skrin putih. Skrin biru.

-Simkad dan network problem.

-Handphone restart2

-Sangkut di logo

-Imei null,Baseband unknown

-EMMC & Userdata recovery

-FRP / Google lock

-Lupa password/pin/pattern

-Unlock carier

-Dan lain-lain

Whatsapp kami di 0132644102 atau tekan sahaja link ini untuk berhubung secara terus dengan technician kami.

#kedaijualhandphone #handphonemurah #repairhandphone #repairgadget #android

#ios
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi#repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang#putrajaya #komunitiputrajaya #cyberjaya #serdang #sungaimerab
#kajang #bandarbarubangi #puchong #bandarbarusalaktinggi #dengkil #trustedseller

Updates

oppoPowerButton

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *