Spare Part Original Apple Devices
Tahukah anda, pada tahun 2021 data peratusan pengguna smartphone yang menggunakan sistem operasi Apple atau lebih dikenali dengan nama IOS menunjukkan sebanyak 26% berbanding peranti yang menggunakan sistem Android dan lain-lain? Meskipun tidak menguasai pasaran Malaysia, data yang dikemukakan itu menunjukkan betapa ramainya pengguna iPhone & iPad di Malaysia.
Sudah menjadi lumrah ciptaan manusia yang tidak sempurna, peranti smartphone pada masa kini sudah tentu mempunyai kecacatan dan kerosakan sekiranya sudah melalui suatu tempoh penggunaan yang agak panjang. Peranti yang berasaskan sistem operasi IOS juga tidak terlepas dari masalah sebegini. Perkara ini dapat dilihat dengan kebanjiran kedai-kedai membaiki iPhone & iPad yang tumbuh bagaikan cendawan sejak sedekad yang lalu.
Ini kerana permintaan untuk khidmat membaikpulih peranti IOS begitu melonjak di Malaysia sekaligus membantu ramai pengguna peranti IOS dan menghidupkan banyak peluang pekerjaan di negara kita.
Namun disebalik kewujudan banyak kedai-kedai yang menawarkan khdimat baikipulih smartphone pada hari ini, terdapat sisi gelap yang tidak diketahui majoriti pengguna peranti IOS. Perkara yang dimaksudkan adalah kebanyakan alat gantian Apple yang beredar di pasaran hari ini adalah palsu dan tidak diiktiraf Apple sendiri. Malangnya ia juga tidak disedari sebahagian besar peniaga-peniaga tersebut kerana terlalu mempercayai pihak pembekal alat gantian tempatan dan juga luar negara.
Menyedari kepentingan alat ganti yang asli, pihak Apple telah melantik 2 pihak yang mempunyai akses secara langsung dari Apple untuk mendapatkan latihan baikpulih,alat ganti, perkakasan baikpulih dan sistem perisian diagnostic yang digunakan Apple semasa proses baikpulih.
2 pihak tersebut adalah Apple Authorized Service Provider & Apple Independent Repair Provider. Mungkin dikalangan pembaca tertanya-tanya apakah perbezaan kedua-dua pihak ini. Jadi kami akan menerangkan serba ringkas perbezaannya dibawah.
Apple Authorized Service Provider
Apple Authorized Service Provider atau AASP adalah pihak yang disahkan pihak Apple untuk menawarkan khidmat baikpulih bagi kesemua peranti Apple yang rosak dan bermasalah semasa masih lagi didalam tempoh waranti dan diluar tempoh waranti. Mereka juga kebiasaannya mempunyai hak untuk menjual semua aksesori dan peranti dari Apple.
Apple Independent Repair Provider
Apple Independent Repair Provider atau AIRP pula adalah pihak yang disahkan Apple untuk menawarkan khidmat baikpulih bagi beberapa produk Apple seperti iPhone dan Macbook yang rosak dan bermasalah. Peserta AIRP hanya boleh membaiki peranti Apple yang sudah kehabisan dan diluar tempoh waranti sahaja. Ini menjadikan mereka tidak mempunyai khidmat untuk menerima sebarang tuntutan bagi peranti rosak yang masih lagi didalam tempoh waranti yang disediakan Apple.
Walaubagaimanapun, peserta AIRP mempunyai juruteknik yang menerima latihan pengendalian peralatan dan sistem perisian diagnostic dari Apple. Ini menjadikan peserta AIRP akan mengendalikan setiap kes kerosakan menggunakan alat ganti, perkakasan, dan SOP yang sama seperti pihak AASP.
BenAbas Gadget
Sejak program AIRP diperkenalkan oleh Apple di Malaysia pada 2021, beberapa syarikat tempatan telah memohon untuk menyertai program ini dan lulus setelah melalui tapisan dari Apple dengan cukup teliti dan ketat.
Berita gembira buat semua pengguna iPhone dan Macbook, pada 2023 BenAbas Gagdet juga telah diterima masuk sebagai peserta yang diiktiraf Apple sebagai pihak AIRP di Malaysia. Ini membolahkan kami untuk menawarkan alatan ganti yang sah dan tulen dari Apple. Kami juga akan menggunakan sistem diagnostic , perkakasan dan proses baikpulih yang bertepatan dengan kehendak pihak Apple supaya para pelanggan boleh membaiki peranti mereka dengan kami tanpa rasa ragu dan was-was.
Anda boleh mengesahkan maklumat ini menerusi pautan ini
Nak cari kedai yang menawarkan alat ganti Genuine dari Apple?
Buat seluruh warga Cyberjaya, Putrajaya,Bandar Baru Bangi, Serdang, Puchong dan sekitarnya. Sekiranya anda tercari2 pusat baikpulih peranti Apple yang diiktiraf Apple.
Anda boleh terus ke premis perniagaan kami yang terletak di P3-09, Shaftsbury Square, Persiaran Multimedia, Cyber 6. 63000 Cyberjaya. Kami juga boleh ditemui melalui Waze atau Google Maps menerusi pautan ini.
Boleh juga berhubung terus dengan juruteknik kami melalui talian Whatsapp. Kami sangat mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan di premis kami. Semoga masalah pada peranti tuan-tuan dapat diselesaikan dengan baik oleh juruteknik kami kelak.
#kedaijualhandphone #repairhandphone #repairsmartphone
#repairhandphonemelayu
#repairhandphoneputrajaya #repairhandphonecyberjaya
#repairhandphonepuchong #repairhandphonebandarbarubangi #repairhandphonesalaktinggi #repairhandphonedengkil
#repairhandphonesungaimerab #repairhandphoneserdang #repairhandphonekajang #benabasgadget #repairiphonemurah #repairskriniphone #repairiphonepuchong #repairiphoneputrajaya #repairiphonecyberjaya #repairmotherboardiphone #repairmotherboardipad #repairlogicboardiphone #repairlogicboardboardipad #applemalaysia #iphonemalaysia #appleauthorizedserviceprovider #appleindependentrepairprovider